Friday, December 24, 2010

Q& A Nurul Zahirah Binti Zabedi

101 Q & A Nurul Zahirah Bt Zabedi
1.       Nama: nurul Zahirah Binti Zabedi
2.       Tarikh lahir:14.04.1988
3.       Current status:dirisik SD
4.       Sebab berkenalan :tetiba nak mi jadi roommate dia walaupun kami macam tak serasi je  memula..ala..sebab utama..dia takut nak tido sorang2 kat bilik
5.       Pandangan pertama tentang rumate:kenapala semua orang suka dengan dia..tak lah cantik macam miss universe pun~!ketinggian pun fail…
6.       Pandangan yang tak mungkin berubah tentang roommate:roommate mi memang tak tetap pendirian
7.       Perkara yang mi jealous dengan roommate:dia boleh join semua orang~!
8.       Roommate akan nampak naïf bila:dia tidur sebab gigi dia akan berbunyi2..kadang kadang mi rasa dia macam orang sakit
9.       Mi tau roommate mi kecik bila: dahi dia berkerut kerut nak angkat luggage yang saiznya kecik sket daripada saiz badan dia..
10.   Mi tau roommate mi tak tinggi bila: dia berdiri sebelah mi=)
11.   Mi rasa tidur mi tak lena bila: mi dengar rumate susah bernafas sebab dia ada masalah dengan hidung dia~!
12.   Roommate mi marah bila: mi malas bukak pintu bila ada orang datang~!
13.   Roommate mi lebih baik daripada mi bila: dia rajin melayan tetamu yang datang dan menawarkan makanan yang pelbagai di bilik kami sedangkan mi tak berganjak daripada laptop~!
14.   Mi rasa roommate mi keras hati bila:dia bergaduh dengan orang( dia sebenarnya lembut hati..zahirah bukan orang macam tuh~!)
15.   Mi malu dengan roommate mi bila:walaupun dia study last minute tapi mi rasa dia sangat bersungguh sungguh!
16.   Perkara yang mi nak sangat tengok roommate mi buat: sapu sampah(sebab dia jarang menyapu..)
17.   Roommate bukan seorang player sebab: dia tak pandai merangkai ayat..dia tak pandai sweet talk!
18.   mi rasa roommate memahami bila: dia tido dengan lampu terbuka sebab dia takut mata mi makin teruk if mi bukak lampu study je
19.   mi rasa roommate mi jahat bila:sem 1,2,3,4,5 dia asyik tinggalkan mi kat bilik yang scary dekat blok A tuh~!
20.   mi rasa roommate mi bijak bila:mi ajar sekali terus dia tangkap..dia cepat faham
21.   mi tahu roommate mia da taste yang teruk bila: dia selalu mintak pendapat mi bila nak bergaya..
22.   mi tahu roommate mi tak berkira bila: semua makanan dalam bilik mi akan habiskan(walaupun dia yang beli..)
23.   mi tahu roommate mi pemalas bila: dia suka buat kerja last minute (tapi dia masih berjaya!)
24.   Perkara yang mi takkan buat time roommate mi tido:  tarik langsir( sebab mesti dia akan terjaga)
25.   Kritikan roommate yang mi tak boleh terima: cara mi tido dan dia akan sebarkan serata dunia!
26.   Roomate mi nampak cantik: bila dalam gambar~!
27.   Nasihat yang tak pernah mi lupa cakap kat roommate:janganla nak mainkan perasaan orang!
28.   Perkara paling tak matang mi suruh roommate buat: luahkan perasaan dia kepada seseorang!
29.   Roommate nampak matang bila: dia bawak kereta..terserlah kematangan~!
30.   Roommate sebenarnya tak confident bila:nak exam
31.   Roomate sanggup korbankan tidur hanya untuk satu perkara: EXAM
32.   Peristiwa roommate menangis yang paling lawak :menangis sebab ingat perempuan mana ntah nak melawat amin,padahal,maknya..dan kedua,time bergaduh dengan SD..hanya sebab kempunan KFC
33.   Roomate mengarut bila: bangun je petang hari,dia mengidam nak makan BIG APPLE yang hanya ada di Alor Star
34.   Roomate sangat bising bila : dia lapar..
35.   Mi sakit hati bila roommate samakan mi dengan : MILO (dia lapar Milo tapi …)
36.   Makanan yang roommate suka tapi mi takkan makan : Baked Bean
37.   Mi pening dengan roommate bila: dia makan kat EDC lepas dia pening2 tak tau nak makan kat mana
38.   mi sengaja sakitkan hati roommate bila: dia tanya pendapat Mi tentang fesyen tudung dia( aksesori kat tudung tu menampakkan fesyennya weird betul~!)
39.   Mi tak leh tinggalkan roommate mi after 12 sebab:roommate mi takut nak pergi toilet after 12
40.   Karakter roommate yang perlu diubah:tak tetap pendirian
41.   Karakter roommate yang takda pada orang lain yang bercinta: roommate mi tak kuat cemburu dan syak wasangka dengan SD
42.   Mi rasa roommate kaya bila:tengok tudung dia yang bergantung dan aksesori yang dia ada
43.   Mi rasa roommate sangat menyedihkan bila; dia kena makan bubur je bila sakit gigi
44.   Perkara yang mi nak bagitau kepada anak Nurul Zahirah Binti Zabedi :mama dia seorang yang pernah jadi kegilaan ramai lelaki!
45.   Konflik paling kelakar pernah dialami: Alia mimpi dia dengan SD dan roommate seolah olah menyerahkan SD kepada Alia
46.   Roomate paling ikhlas bila: dia sanggup tinggalkan laptop dan tak berFB untuk beberapa tempoh hanya kerana nak exam
47.   Karakter roommate yang masih mi gagal fahami: dia masih tenang walaupun tak suka orang tuh!
48.   Rahsia yang mi nak bagitau roommate: Kami tak pergi penang pun~!kami sekadar sampai ke alor setar~!jangan marah,naaa…
49.   Rahsia yang mi tak nak bagitau roommate: mi tak suka dia pakai braces
50.   Impian roommate yang masih belum mi tunaikan : beli cupcake untuk sambutan birthday dia~!dia sendiri yang mintak ni..
51.   Impian roommate yang telah mi tunaikan: jadi roommate dia lah..dia kan nak roommate..dia dah dapat pun~!Heee
52.   Mi rasa roommate sanagt lurus bila: dia dah banyak kali tertipu dengan helah mi dan Alia
53.   Mi tau roommate tak suka mi bila: mi BERGABUNG dengan Alia
54.   Mi kesian kat roommate bila: mi ajak dia berborak sebelum tido,time mi bercerita,dia akan bukak mata luas luas walaupun mengantuk tapi bila time dia berceria,mi akan tutup mata rapat-rapat..tak tahan mengantuk weh~!
55.   Perkara yang roommate mi masih tak tahu: time dia wat supersaver nak berborak dengan Mi,sebenarnya,banyaknya mi terlelap..mi tak tahu apa roommate cakap sebenarnya!mi sangat mamai~!
56.   Mi akan terkejut bila: roommate bangun seawal pagi,tak tidur lepas subuh,dan tarik langsir..duduk dekat meja dan STUDY~~~!(wow!)
57.   Roommate mi nampak weird bila:dia pakai kain batik(well..)
58.   Kekerapan roommate mi iron baju: hampir semua baju dia takkan iron kecuali beberapa pasang baju kurung
59.   Kekerapan roommate mi basuh baju: dulu ada jugak sekarang..kalau dah takda baju sangat baru dia basuh~!
60.   Sabun basuh?rumate mi tak da sabun basuh sendiri semenjak sem 5
61.   Tegangkan cadar: roommate mi jarang tegangkan katil tapi dia akan buat jugak bila mi tegangkan cadar..tapi masih tak kemas~!
62.   Kalau Nurul Zahirah Binti Zabedi bukan roommate mi: dia macam anak mi..hehe..dia tak tahu,mi akan basuh cadar dan kain semayang dia bila dia pulang..mi juga akan kemaskan tempatnya..bukan nak kredit dengan apa yang mi buat..sekadar rasa bahagia buat cam tuh~!
63.   Mi akan rasa bersalah bila: roommate kena makan sorang sorang kalau Alia takda
64.   Kalau Alia takda:mi akan jadi mangsanya!
65.   Perkara paling lawak roommate suruh mi buat: Naik trak ‘berani Mati” masa banjir supaya mi boleh balik Kuantan
66.   Mi dengan Alia akan terus berlapar selagi: roommate tak bangun tido..sebab dua dua kesian nak kejutkan roomate~!
67.   Roomate bangun paling lambat : Selepas Zohor
68.   Kekerapan makan roommate: Selang 2,3 jam,dia mesti makan..kalau tidak dia akan nampak muka orang yang depan dia macam milo la..tomyam la..ish2!
69.   Tahap kebulur paling teruk dialami: jam dah melepasi satu pagi,kami dengan semangatnya ketuk tin baked bean dengan harapan ia akan terbuka,tapi impian hampa..akhirnya makan nasi dengan sardin~!
70.   Mi rasa tak bersopan dengan roommate bila mi selalu cakap kat dia: Bengong(memang tak sopan)~!
71.   Perangai roommate yang paling mi tak faham: dia masih dapat layan orang tu walaupun dia tak suka~!
72.   Kekerapan rumate mi nangis sebab Mi:sekali (sebab mi marahkan dia)
73.   Rumate mi pernah marah Mi bila: mi selalu lambat bersiap..
74.   Zahirah roommate yang baik sebab:dia jarang marah dan tarik muka dengan mi(well,dia memang penyabar in nature)
75.   Zahirah bukan roommate yang baik sebab: dia selalu balik rumah setiap minggu
76.   Mi akan rasa Zahirah menyusahkan bila: dia lapar tengah malam dan dia akan ajak sema orang cari makanan dengan dia..hehe
77.   Skandal Zahirah yang paling mi rasa lawakLrahsia
78.   Skandal Zahirah yang paling Mi kesian:Awie
79.   Mi rasa Zahirah jahat bila: dia nak tak nak je layan SD
80.   Zahirah akan cari alasan bila:dia sebenarnya malas nak buat menda tu tapi sebab serba salah dia akan mencari alasan~!
81.   Zahirah akan buat muka bila: takda orang nak temankan dia pergi toilet
82.   Tabiat tidur roommate: tidur dengan comforter walau panas,sejuk..dia suka tidur berselubung
83.   Kelebihan roommate yang orang tak tahu: roommate pandai menjahit dan sangat kreatif
84.   Keburukan roommate yang semua orang tahu: roommate tak suka mengemas
85.   Mi akan pujuk roommate dengan : membeli aksesori tudung sebab mi tau tabiat pemakaian tudung yang pelik diamalkan oleh my roommate
86.   Nama roommate dalam phone mi : Bright Girl  sebab dia cakap dia macam watak dalam cerita The Successful Story of a Bright Girl
87.   Roomate akan pujuk mi bila: mi terasa dengan dia gelakkan Mi sebab obsesi mi pada Super Junior
88.   Tabiat roommate selepas bangun tidur yang mi tak faham: bangun je tidur,dia mesti sikat rambut sambil menghadap cermin..relevannya ??
89.   Roomate kena bangun setengah jam awal sebelum pergi kelas: sebab dia mengambil masa yang sekejap untul mandi tapi lama untuk membelit tudung dan bermake up~!
90.   Prank yang akan mi main dengan roommate bila mi bosan:mi akan kurung roommate dekat luar dan biar dia menjerit2 untuk beberapa saat,baru mi bukak pintu
91.   Kekerapan rumate mi tido: 3 kali sehari..(mi begitu pelik dengan kemampuan dia untuk tidur dengan begitu lama )
92.   Kelemahan yang kami sama sama kongsi: Kami suka tidur~!
93.   Penyebab mi rasa roommate mi dan mi tak serasi ialah:mi minat bahasa tapi rumate mi tak~!
94.   Impian roommate yang mi takkan tunaikan: pisahkan katil~!
95.   Impian mi yang roommate takkan tunaikan:suruh dia minat suju-memang mustahil!
96.   Mi sakit hati dengan roommate bila dia : cakap suju terdiri daripada sorang gemuk dan sorang jongang~!(ah..tension betul..)
97.   Mi rasa lelaki tak patut suka dekat roommate mi sebab: zahirah bukan seorang yang romantik!
98.   Mi rasa tak sabar: nak tunggu roommate cabut braces dia(aku dah tunggu bertahun2..aku rindu muka ko takda braces..)
99.   Roommate mi adalah kawan baik mi bila: dia antara orang yang mi tak malu untuk bagitau result mi
100.roomate mi adalah yang terbaik bila: mi rasa tak menyesal hidup dengan dia selama 4 tahun ni
101.roomate mi sebenarnya:hanya akan gelak sepanjang baca menda ni dan dia hanya akan senyum..mi akan cukup bertuah jika roommate cakap ‘TERIMA KASIH ROOMMATE’ selepas baca ni..hehe



No comments:

Post a Comment