101 q&a Anita Binti Karim
1. Nama : anita binti karim
2. Tarikh lahir : 28.06.1988
3. Asal : Sandakan
4. Panggilan mi untuk nita :tata,ta,mok.,roxy (singkatan untuk aneroxia..sebab dia kurus sangat!)
5. Nama nita dalam handset mi : Nitaku Sayang
6. Method perkenalan: sebab kami sama sama tak dapat amik mls,so,kami pun berkenalan dan amik legal skill sesama!
7. Perkara pertama time perkenalan:mi amik no phone nita..0173575707(betul ke..aku sebenarnya dah lupa_)
8. Kenapa mi nak baik dengan nita masa tuh: sebab mi takda kawan
9. Tempat paling mi nak pergi dengan nita: Korea ~!
10. Perangai kami sama : kuat jealous dan suka duduk dalam bilik daripada melepak kat bilik orang lain
11. Perangai kami berbeza: nita pendiam,mi peramah,nita jarang expresikan perasaan tapi mi sangat suka
12. Mi sedih : bila balik cuti sem tapi nita tinggal kat kolej~!
13. Mi geram dengan nita bila dia takkan angkat phone mi bila cuti dan dia takkan reply mesej mi!
14. Mi paling suka bila Nita senyum
15. Mi harap nita: dapat suami yang baik
16. Orang macam mana sesuai dengan nita: Lee Min Ho
17. Mi tak setuju bila :dia pilih Lee Min Ho lagi handsome daripada Choi Siwon
18. Kenangan pelancongan paling best: pergi Terengganu (terpaksa berhimpit dalam kereta,tido hotel buruk,tengok badminton olimpik,dapat pergi masjid Kristal..)
19. Kami mencipta kenangan pelancongan di Kuantan,Terengganu,perlis,lost word of tambun,kuala lumpur,Cameron Highland..
20. Hadiah nita bagi yang paling mi hargai:semua lah..banyaknya dia bagi gelang je kat mi
21. Hadiah yang mi nak sangat bagi Nita: Purse
22. Perkara yang nita buat yang buat mi senyum lebar: nita belikan kek tiramisu dan choc indulgence(she knows me really well~!)
23. Nita akan buat mi marah bila: dia tiba tiba bad mood( waduh,pening & sakit hati~!!!!!!!!!!)
24. Doa yang mi selalu mintak : Ya Allah,harap harap sem ni nita tak akan masam muka lagi (penat bila dia tarik muka~!)
25. Perkara paling mi jeles dengan Nita: Nita pernah dapat Anugerah Dekan ( mi tak pernah pun tapi mi sangat happy bila tengok dia naik pentas~!)
26. Mi dan Nita akan jadi sangat gila bila: tengok badminton dan shopping menghabiskan duit
27. Fast food yang akan sentiasa jadi pilihan kami: MCDonald (I’m Loving it)
28. Mi dan nita suka pergi Tesco Mergong sebab: Kami nak beli BIG APPLE~!
29. Mi nak nita minta maaf dengan mi sebab: mi nak sangat dia lebih melayan mi dan janganla selalu tak hiraukan mi~!
30. Perkara paling mi nak minta maaf dengan nita:mi ni selalu bising macam makcik,mi tau nita tak suka~!
31. Perkara yang sangat mi menyesal tak dapat buat dengan nita: shopping dekat K.L (plan nak pergi Times Square..tapi tak dapat lagi..)
32. Nita kelakar bila: mi dengar suara dia macam kartun
33. Nita akan muncul dalam mimpi mi:bila mimpi mi tu misteri dan menakutkan
34. Mi nak gelak bila ingat :mi jatuh motor dengan Nita masa nak turun jejantas..habis calar kaki kita orang..ingat darah masa tuh..ish..scary la beb~!!)
35. Nita scary bila: dia diam tanpa bersuara(lebih scary daripada time dia marah~!)
36. Perkara yang nita suruh mi buat tapi mi degil: buat facebook!
37. Perkara yang nita paling menyampah dengan mi: kenapa lah Mimi ni banyak betul cakap
38. Impian nita yang mi berjaya tunaikan:Pergi Masjid Kristal(kira aci tak??)
39. Impian yang masih tertangguh:nak pergi Zoo Negara
40. Impian yang langsung tak dapat mi tunaikan: dia nak jumpa Lee Min Ho..(impossible la)
41. Lagu favourite nita?-dia suka rock kapak..and lagu indonesia..lately dia suka korea plak
42. Mi nangis bila Nita:menangis~!
43. Mi sayang Nita macam : mi sayang adik beradik mi sendiri!sayang dia macam dia tu kembar mi..
44. Mi nak sangat bawak nita: tengok perlawanan badminton dan jumpa pemain badminton Negara!
45. Perkara paling mi kesalkan sepanjang berkawan dengan Nita?:takda!
46. Lagu yang Mi nak nita dengar : Shining Star
47. Perkataan Korea yang mi nak bagi Nita:Saranghaeyo,chingu ya!
48. Jawapan Nita yang membuatkan mi gelak sorang sorang:mi cakap Saranghanda,dia jawab sarang burung.
49. Mi akan terkejut bila Nita: rupanya amik kisah dengan cerita mi padahal mi rasa dia tak beri perhatian pun pada cerita mi tuh!
50. Kalau nita ada anak mi nak anak dia panggil Mi: mama mimi ke,ibu mimi ke..
51. Pekerjaan paling sesuai dengan nita:yang penting bukan lawyer
52. Nita tak sesuai jadi suri rumah sebab:dia dah belajar tinggi2 takkan nak jadi suri rumah plak??
53. Perangai Nita yang akan membuatkan mi balik ke bilik dengan muka cengeng: dia tak suka layan tetamu yang datang ke biliknya!
54. Mi sakit hati bila: walaupun sepatah orang mengata buruk tentang Anita Binti Karim
55. Mi sangat bias: Nita antara orang yang akan menjadi priority Mi
56. Mi sangat kecewa bila: Nita tak suka melayan mi bila mi ada problem
57. Kritikan Nita yang paling mi ingat:entahla..mulut dia lepas jerk..so,mi pun dah tak tau yang mana..banyak sangat..hehe
58. Ekspresi muka dia yang seboleh bolehnya mi tak nak tengok:muka dia time dia tension!
59. Barang Nita yang Mi teringin miliki:Beg yang kami berebut kat Tesco tuh tapi sekarang mi dah tak suka~!
60. Nita perlu buat sesuatu dengan: berat badannya..(kenapalah ada manusia kurus sangat macam dia neh?)
61. Nita buat mi macam makcik bila:dia sakit..mi akan telefon selalu dan akan pergi bilik dia sebab mi tak tahan risau!!
62. Walau mi takda duit tapi: mi sanggup temankan Nita Shopping..mi tak sanggup tengok dia kempunan nak keluar!
63. Di saat semua orang tak faham kenapa mi minat Super Junior,nita akan cakap:aku tak kisah sebab aku pun minat..membuatkan mi senyum semula
64. Mi rasa Nita ahli keluarga mi sebab: hampir semua sedara mi kenal dengan dia,dia dah jadi famous~!
65. mi akan rahsiakan hal mi keluar: bila mi tak ajak dia untuk kuar dan mi kuar dalam keadaan emergency!
66. Jealous?:nita memang kuat jeles sesangat!tahapnya kritikal..haha
67. Penakut?: mi tak tahu macam ne ada gadis macam dia yang sanggup tinggal di blok yang senyap sunyi time sema orang balik kampung..dah macam buat penggambaran cerita hantu..scary la
68. Flight?:kalau bukan sebab nita mi tak kan merasa naik flight seumur hidup
69. Kisah airport?:siapa pernah merasa tido dekat airport?hanya kami berdua pernah merasa tido di airport dalam keadaan wabak selesema burung sedang merebak dan tido di atas lantai surau LCCT yang sejuk macam air batu!!
70. Kisah flight lagi??:kerana nak tiket flight murah..kami lah insan yang balik paling lambat untuk Hari Raya Aidilfitri
71. Rahsia yang mi tak nak Nita tahu:kadang kadang mi cakap pilihan dia cantik walaupun mi rasa tak cantik bila mi rasa dah penat sangat@kesian tengok muka dia yang berminat sangat dengan baju tuh~!sorry,sorry!
72. Rahsia yang mi nak Nita tahu:kebanyakan pilihan ko yang aku setuju tu memang betul betul cantik!
73. Mi rasa menyesal bagi hadiah dekat Nita: beg tangan yang dia sebenarnya tak suka pun!
74. Mi rasa kami macam adik beradik kembar sebab:kami sukakan benda yang serupa..if nita beli corak macam ni,mi nak jugak corak macam tuh>
75. Karakter yang jelas membuatkan kami sememangnya bukan adik beradik:walaupun kami pendek,tapi mi gemuk,nita kurus~!tak macam adik beradik langsung!
76. Hadiah yang nita bagi yang buat mi berfikir apa relevannya?nita suka bagi gelang tangan walaupun dia tahu mi jarang pakai gelang2 dan aksesori kecuali emas sebab tangan mi allergik!
77. Hadiah yang mi nak bagi kat Nita if Mi Billionaire: mi nak bagi purse LV kat dia,so,tak payah dia pakai purse yang kena ketuk2 setiap kali nak bukak!
78. Mi rasa Nita sangat daif bila: tengok laptop dia
79. Mi rasa nita sangat naïf bila:dia pakai baju tak gosok pergi kelas dan dia pakai tudung yang terus sarung je(sebab selalunya dia akan pakai selendang belit2!)
80. Mi rasa Nita bertuah dapat mi sebagai sahabat sebab: mi sangat sayangkan dia!
81. Mi sangat takut pandangan orang:bila orang tengok mi layan Nita baik sangat!
82. Mi rasa serba salah dengan nita bila:mi dengan rancaknya berborak dengan Alia dan Roommate tentang peristiwa yang berlaku di bilik sedangkan Nita blur
83. Mi bersalah dengan Nita sebab:mi selalu jadi sebab pertelingkahan mereka
84. Bila mi merajuk:Nita takkan pujuk tapi bila Nita merajuk,mi tetap akan pujuk>
85. Bila mi rasa nak muhasabah diri:Nita adalah orang paling tepat untuk mi rujuk sebab mi tau mulut dia akan mengeluarkan pendapat yang jujur sahaja!
86. Mi akan membebel dalam hati bila:nita lambat setiap kali nak pergi kelas tapi bila dia sampai mi akan senyum je!
87. Karakter yang Mi nak Nita ubah:nita perlu lebih mesra dengan semua orang!
88. Karakter yang membuatkan mi berfikir itulah Anita walaupun wajahnya berubah:ekspresi muka dia..kalau diperhati dengan teliti.dia suka buat sesuatu dengan dahinya dan bibirnya..adalah satu ekprsesi tu..
89. Perkara pertama mi akan terfikir bila sebut nama Nita:owh,that is my Lovely Mok~!
90. Perkataan yang setiap hari dia akan sebut:Mok..
91. Walaupun dia tak perkenalkan diri dalam mesej.dan guna nombor yang mi tak tau tapi if dia tulis..’’Mok..watpa?’’mi tau itu pastinya Nita!
92. If dia mesej guna nama ‘’Mimi,’’mi akan rasa she is not in a good mood~!mi akan rasa kurang mesra jugak!
93. Nita is not in good mood bila:mukanya masam mencuka dan dia tak kisah mi berjalan di depan atau ditinggalkan di belakangya!
94. Nita akan mesej mi tengah malam tiba tiba bila: dia ada masalah dan hanya perlukan sepatah ayat daripada Mimi untuk cheer her up!
95. If ada karya yang mi nak tulis khas untuk Nita,tajuknya ialah: shining star(walaupun ciplak daripada lagu super junior,tapi mi sangat suka tajuknya~!)
96. Mi tak suka tengok nita pakai tudung warna : MERAH!
97. If diberi peluang bagi nama anak cik anita:mi nak nama Farah @syamimi kena ada..macam Anis Syamimi ke..haha
98. Mi nak anak anak mi kenal Cik Anita dan anggap dia macam ibu saudara sebab mi tau Nita suka budak budak..so,bolehlah anak anak mi dapat hadiah banyak banyak daripada dia!
99. Peristiwa paling sedih dan mendebarkan pernah mi dan Nita kongsi ialah: Perlawanan Final Olimpik Beijing Badmintion perseorangan lelaki dan Final China Master perseorangan perempuan..woah..memang mendebarkan!
100.Nita dalam sepuluh tahun akan datang: mi tak harap dia jadi lawyer..mi harap dia akan jadi DPP dan dapat mengecapi kebahagiaan berkeluarga!
101.Ko akan ingat aku sebagai manusia pertama yang mengemukakan 101 fakta tentang persahabatan kita dan diri ko~!menarik kan!
No comments:
Post a Comment