Kisah perbualan mi dengan Alia
Mimi:
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
alia yang bijak susah diganti,
apa rahsia kekal cemerlang?
Alia:
Hobi monyet suka melompat,
Hobi kucing suka berlari,
Tidaklah belajar terus melekat,
Selalu selalulah mengulangkaji!
Mimi:
Bunga raya bunga kebangsaan
Bunga taik ayam tidak dipandang,
Apa rahsia cik alia cantik berterusan,
Sampai tak lepas mata memandang~!
Alia:
Bunga Kantan baunya wangi
Bunga ros cantik walau berduri,
Bukanlah silky girl atau simplysiti,
Cuma amway tetap terbaik di hati!
Mimi:
bukit tinggi letaknya di Pahang,
Kundasang pula tempatnya di sabah,
Kenapa cik alia sentiasa bertenang,
Alia:
bukit mertajam pastinya di penang,
Setiawan pulak sudah tentu di perak,
Tidaklah saya amalkan ubat penenang,
Cuma ketawa sahaja bila mimi melawak!
Sambungan pada episod akan datang!hehe
No comments:
Post a Comment