Showing posts with label lets not. Show all posts
Showing posts with label lets not. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

jagalah bacaan dalam solat~!

Assalamualaikum .
Semoga boleh dimanfaatkan bersama.
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan tersebut:-


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,


2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,


6 IYA(disebut tanpa sabdu)sepatutnya IYYA. =Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan."


7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.


8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihahdengan betul iaitu AA... 2 harakat, MINIMUM @... 2/4/5 harakat.


Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,InsyaAllah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.


Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.


antara dua dunia

antara dua dunia

dunia yang ingin menjadi seorang muslimah yang lebih baik
                                      &
dunia yang masih dahagakan hiburan..

mungkin orang lain tak faham dengan apa yang mi rasa..mi akui minat kepada hiburan especially k-pop (especially super junior ) susah untuk dihakis.terkadang terlintas di hati ini untuk hentikan semua minat dan obsesi ni~!!sering terdetik di hati ini perasaan bersalah bila mi layan lagu dan suju~!!walau sebanyak mana ibadah yang mi lakukan,tetapi kadang2 mi risau andai ibadah yang dilaksanakan tak sempurna dan tercalar dek sikap mi yang suka pada hiburan~!sebagai defence,mi selalu cakap,mi juga mencintai nasyid dan mi juga berminat terhadap tazkirah dan rancangan keagamaan~!!mi akui lidah mi juga bersilih ganti antara zikrullah dan lirik korea..mi tau semua ni menjadikan mi manusia yang lebih tidak sempurna~!!