Showing posts with label wings of love. Show all posts
Showing posts with label wings of love. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

perbualan mi dengan alia

Kisah perbualan mi dengan Alia
Mimi:
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
alia yang bijak susah diganti,
apa rahsia kekal cemerlang?
Alia:
Hobi monyet suka melompat,
Hobi kucing suka berlari,
Tidaklah belajar terus melekat,
Selalu selalulah mengulangkaji!
Mimi:
Bunga raya bunga kebangsaan
Bunga taik ayam tidak dipandang,
Apa rahsia cik alia cantik berterusan,
Sampai tak lepas mata memandang~!
Alia:
 Bunga Kantan baunya wangi
Bunga ros cantik walau berduri,
Bukanlah silky girl atau simplysiti,
Cuma amway tetap terbaik di hati!
Mimi:
bukit tinggi letaknya di Pahang,
Kundasang pula tempatnya di sabah,
Kenapa cik alia sentiasa bertenang,
Alia:
bukit mertajam pastinya di penang,
Setiawan pulak sudah tentu di perak,
Tidaklah saya amalkan ubat penenang,
Cuma ketawa sahaja bila mimi melawak!

Sambungan pada episod akan datang!hehe



Friday, December 24, 2010

q&a Alia Anis Bt Yaacob

101 Q&A Alia Anis Binti Yaacob
1.       Nama: Alia Anis Binti yaacob
2.       Tarikh Lahir:26.08.1988
3.       Asal:penang/perak/Kelantan
4.       Method perkenalan: kenal sebab dia rapat dengan roomate
5.       Pandangan pandang pertama:dia ni nampak macam suka menyakitkan hati orang je
6.       Pandangan yang masih kekal:Alia sangat confident
7.       Satu perkataan paling tepat untuk Alia: High Determination
8.       Perkataan paling tak sesuai untuk Alia: Pemalu
9.       Kalau mi tak kenal Alia: mesti mi tak dapat pergi Muzium Padi
10.   Perkara yang mi nak buat dengan Alia jika dapat diputarkan masa:mi nak mintak maaf tak suka dia awal awal dulu
11.   Perkara yang mi nak minta maaf dengan Alia: selalu menfikan hak kau untuk bersuara dan memberi pandangan bila belajar juris..
12.   Perkara yang mi nak nasihatkan Alia: dah dah la prank roommate..kita prank orang lain plak ye
13.   Perkara yang mi tak nak Alia ubah: Menjadi wanita paling confident di uum
14.   Mi kesian dengan Alia bila: dia nangis depan MI
15.   Mi kagum dengan Alia bila: dia study
16.   Mi jealous dengan Alia bila; abah asyik puji dia
17.   Mi terkejut dengan Alia bila: dia ada depan rumah Mi
18.   Mi gembira ada Alia bila: mi rasa mi perlukan humor
19.   Mi rasa Alia kelakar bila: present Land!
20.   Mi rasa alia cantik bila: dia tak bercakap dan gelak!
21.   Orang takkan senang dengan Alia sebab: mulut laser dia
22.   Orang takkan percaya Alia seorang yang : sensitive
23.   Orang takkan tahu yang Alia: pernah tulis diari dengan bahasa yang cukup skema!
24.   Orang takkan tahu kebolehan Alia dalam bersukan:especially olahraga
25.   Hobi Alia yang mungkin pelik:suka pergi Klinik GG
26.   Alia nampak tak normal bila:dia serius
27.   Alia akan nervous bila: dia rasa tak cukup preparation nak exam
28.   Alia masih akan balik bilik:walaupun dah jam 3 pagi
29.   Alia masih gelak walupun:tengok cerita hantu yang sangat scary!
30.   Alia sebenarnya: suka bersaing dengan orang lain
31.   Alia tak sama dengan Zahirah sebab: Alia sebenarnya sweet talker
32.   Alia buat mi terkejut bila: dia menangis depan Mi
33.   Alia berlainan dengan mi: sebab mi sangat sensitif
34.   Mi akan rasa awkward dengan Alia bila: mi merajuk dengan dia
35.   Topik yang MI selalu bincangkan dengan Alia:pelajaran..dan gossip!
36.   Mi tak nak Alia ingat birthday mi sebab: sehari selepas birthday Mi,16 hb Julai adalah tarikh arwah ayah dia pergi buat selamanya
37.   Mi rasa Alia sangat kuat bila: dia masih tersenyum walaupun baru kehilangan ayahnya!
38.   Mi rasa Alia sangat penyayang bila dia layan adiknya tanpa penat!
39.   Mi rasa malu bila: kereta kami kena hon sampai satu Perlis boleh dengar
40.   Ayat Alia yang mi takkan lupa:aku rasa susahlah nak belajar macam ni..boleh ke aku pergi Kuantan???
41.   Mi terima kasih dengan Alia sebab: datang rumah Mimi daripada jauh
42.   Mi nak Alia ada kat bilik Mi bila: Zahirah duk tengah upset dengan SD
43.   Mi tak nak Alia ada kat bilik mi bila:mi tengah melayan SUJU(kalau tak dia asyik nak mengutuk mi je..)
44.   Mi tak setuju bila: Alia nak main tuju selipar,mi nak main badminton!
45.   Tempat yang mi nak sangat pergi dengan Alia: yang penting bukan Muzium Padi lagi!
46.   Alia pending bila: kami ada niat nak kenakan dia (dia takkan faham pun…)
47.   Hobi Alia yang menyakitkan hati roommate mi : Alia suka menipu dan kenakan Zahirah
48.   Sehari tanpa suara Alia:mi rasa sunyi~!
49.   Kelakar sangat bila: nama Alia ditukarkan kepada Bro Ali dan Syazlia
50.   Alia sebenarnya tak pandai memilih sebab: kena baca diari dia
51.   Perkara yang paling mi nak contohi Alia: Berdisiplin
52.   Perkara yang mi tak nak contohi Alia: overconfident!
53.   2 movie yang mi tengok sebab Alia: 3 idiots dan My gf is an agent
54.   Mi akan termakan pujuk alia sebab: mi dipaksa dan mi takkan diberi pilihan
55.   Mi tak suka Alia order makanan sebab: dia akan tentukan makanan yang kami kena makan
56.   Mi malu dengan Alia bila:dia datang tapi bilik mi bersepah
57.   Rahsia mi yang mi nak Alia simpan: mi tido time mak masak kat dapur(alia tolong mak..tapi mimi..hahaha,alia je tahu)
58.   Rahsia mi yang mi rasa Alia takkan simpan: cara mi tidur (dia sama je macam Zahirah)
59.   Perkara paling mi kesalkan time Alia datang rumah:rumah mi bersepah sangat~!
60.   Mi tak nak naik motor dengan Alia sebab: Alia suka bergerak gerak time duduk kat belakang membonceng motor( mi rasa tak stabil)
61.   Pengalaman naik kereta pertama dengan Alia: mi bangun awal dan berzikir sebanyaknya sebelum keluar..haha!
62.   Mi rasa mi dan Alia sangat merepek bila : kami percaya ada makhluk dalam gambar yang kita orang amik kat Gua Kelam
63.   Janji yang mi nak Alia ingat:janji nak pergi Gua Kelam lagi & pergi Hatyai
64.   MI nak Alia memahami mi : sebab mi minat super junior
65.   Mi nak Alia senyum bila:dia dapat result
66.   Jika ada sesuatu yang mi nak daripada Alia: anugerah dekan yang dia dapat beberapa kali tuh
67.   Perkara yang mi jealous dengan Alia: Alia senang diterima semua orang
68.   Perkara yang tak terluah kat Alia: if ko leh gantikan aku jadi ketua kelas…mesti ko lebih disenangi semua orang..
69.   Mi nak Alia tahu : ko tak sesuai jadi roommate zahirah..tapi kalau ko nak jadi roommate aku..aku tak kisah!
70.   Mi nak ikut sangat Alia bila: dia pergi jogging
71.   Tabiat pemakanan Alia yang mi sangat kagumi: Alia jarang minum air batu tapi akan banyakkan minum air suam
72.   Alia paling tak bersopan bila: dia bercakap dengan QUe
73.   Walaupun tak cakap tapi mi tahu Alia risau bila: Que tak layan dia
74.   Walaupun tak cakap,tapi mi tahu Alia nak tahu identiti : Ayu
75.   Alia akan bersikap ragu ragu bila: Zahirah cakap dia nak kahwin
76.   Alia akan ketepikan kepentingan sendiri bila: dia sedar roommate mi tak baca satu bab untuk test walaupun hanya tinggal  5minit sebelum test  sebab nak ajar roommate mi
77.   Mi rasa kasih sayang Alia yang paling luhur antara semua kawan kawan mi adalah untuk: Nurul Zahirah Binti Zabedi a.k.a.my roommate
78.   Mi rasa Alia berpura pura bila: dia puji mi!
79.   Mi pelik bila: Alia yang dapat high grade tapi masih cari Mi yang tak pernah dapat dekan pun~!
80.   Kenangan paling lawak ialah : Alia sanggup datang ke Kuantan sebab nak belajar dengan Mi
81.   Mi bengang bila: Abah mi sangat mengagumi kerajinan Alia dan pastinya mempertikaikan kesungguhan Mi..
82.   Mi malas layan bila : Alia sibuk nak tolong mak masak kat dapur sedangkan mi tak suka memasak!
83.   Alia lawak bila : dia order ice blended Cappucino dengan Abah Mi
84.   Alia berbeza dengan mi bila : laptop adalah soulmate mi tapi bagi Alia ,laptop hanya hiasan semata
85.   Alia unik sebab : pilih Que sebagai bf
86.   Topik yang paling tak sesuai di tempat paling tak sesuai : kami berbincang tentang feminism di McDonald Teluk Cempedak
87.   Kesilapan Alia yang paling lawak: dia tukar password portal roommate Mi,tapi ejaannya salah membuatkan rumate runsing !
88.   Alia akan buat roommate mi runsing bila: dia keluar tanpa bagitau dia kat mana!
89.   Alia memang mengejutkan orang bila: tepat jam 5 petang dia datang bilik dan  sewa kereta nak pergi Penang!
90.   Alia suka melepak bilik mi bila: dia nak study!
91.   Kelengkapan Alia bila datang bilik mi; macam orang nak pergi berkelah (lengkap baju semua)
92.   Kalau Alia melepak bilik mi,satu rutin kehidupan dia akan tinggalkan : dia tak mandi petang!
93.   Mi akan rasa terseksa Alia takda bila: terpaksa teman roommate breakfast setiap pagi
94.   Mi rasa Alia memang layak jadi lawyer bila: dia mampu jual produk AMWAY dengan baik!
95.   Mi rasa orang suka Alia sebab: Alia dapat membantu ada ketika susah dan senang
96.   Sikap Alia yang orang tak jangka: walaupun tak suka,tapi Alia sanggup buat demi kebahagiaan orang lain
97.   Rahsia Alia yang tak kan ada orang tahu: jawapan untuk soalan presentation Land 2 semuanya tak betul
98.   Mi dan Alia tak leh berkongsi present dalam satu group yang sama sebab: kami berdua akan berebut mic
99.   Mi perlukan Alia dalam group mi bila:mi rasa tak yakin dengan jawapan Mi untuk presentation
100.Hadiah yang mi nak sangat bagi Alia: Baju..(mi suka tengok dia berfesyen,dia pandai..)
101.this is my honest stance about u~!sorry soalan seratus satu ni,aku dah tak tau nak cakap apa..hehe..yang pasti menda ni akan jadi kenangan kamu!

Q& A Nurul Zahirah Binti Zabedi

101 Q & A Nurul Zahirah Bt Zabedi
1.       Nama: nurul Zahirah Binti Zabedi
2.       Tarikh lahir:14.04.1988
3.       Current status:dirisik SD
4.       Sebab berkenalan :tetiba nak mi jadi roommate dia walaupun kami macam tak serasi je  memula..ala..sebab utama..dia takut nak tido sorang2 kat bilik
5.       Pandangan pertama tentang rumate:kenapala semua orang suka dengan dia..tak lah cantik macam miss universe pun~!ketinggian pun fail…
6.       Pandangan yang tak mungkin berubah tentang roommate:roommate mi memang tak tetap pendirian
7.       Perkara yang mi jealous dengan roommate:dia boleh join semua orang~!
8.       Roommate akan nampak naïf bila:dia tidur sebab gigi dia akan berbunyi2..kadang kadang mi rasa dia macam orang sakit
9.       Mi tau roommate mi kecik bila: dahi dia berkerut kerut nak angkat luggage yang saiznya kecik sket daripada saiz badan dia..
10.   Mi tau roommate mi tak tinggi bila: dia berdiri sebelah mi=)
11.   Mi rasa tidur mi tak lena bila: mi dengar rumate susah bernafas sebab dia ada masalah dengan hidung dia~!
12.   Roommate mi marah bila: mi malas bukak pintu bila ada orang datang~!
13.   Roommate mi lebih baik daripada mi bila: dia rajin melayan tetamu yang datang dan menawarkan makanan yang pelbagai di bilik kami sedangkan mi tak berganjak daripada laptop~!
14.   Mi rasa roommate mi keras hati bila:dia bergaduh dengan orang( dia sebenarnya lembut hati..zahirah bukan orang macam tuh~!)
15.   Mi malu dengan roommate mi bila:walaupun dia study last minute tapi mi rasa dia sangat bersungguh sungguh!
16.   Perkara yang mi nak sangat tengok roommate mi buat: sapu sampah(sebab dia jarang menyapu..)
17.   Roommate bukan seorang player sebab: dia tak pandai merangkai ayat..dia tak pandai sweet talk!
18.   mi rasa roommate memahami bila: dia tido dengan lampu terbuka sebab dia takut mata mi makin teruk if mi bukak lampu study je
19.   mi rasa roommate mi jahat bila:sem 1,2,3,4,5 dia asyik tinggalkan mi kat bilik yang scary dekat blok A tuh~!
20.   mi rasa roommate mi bijak bila:mi ajar sekali terus dia tangkap..dia cepat faham
21.   mi tahu roommate mia da taste yang teruk bila: dia selalu mintak pendapat mi bila nak bergaya..
22.   mi tahu roommate mi tak berkira bila: semua makanan dalam bilik mi akan habiskan(walaupun dia yang beli..)
23.   mi tahu roommate mi pemalas bila: dia suka buat kerja last minute (tapi dia masih berjaya!)
24.   Perkara yang mi takkan buat time roommate mi tido:  tarik langsir( sebab mesti dia akan terjaga)
25.   Kritikan roommate yang mi tak boleh terima: cara mi tido dan dia akan sebarkan serata dunia!
26.   Roomate mi nampak cantik: bila dalam gambar~!
27.   Nasihat yang tak pernah mi lupa cakap kat roommate:janganla nak mainkan perasaan orang!
28.   Perkara paling tak matang mi suruh roommate buat: luahkan perasaan dia kepada seseorang!
29.   Roommate nampak matang bila: dia bawak kereta..terserlah kematangan~!
30.   Roommate sebenarnya tak confident bila:nak exam
31.   Roomate sanggup korbankan tidur hanya untuk satu perkara: EXAM
32.   Peristiwa roommate menangis yang paling lawak :menangis sebab ingat perempuan mana ntah nak melawat amin,padahal,maknya..dan kedua,time bergaduh dengan SD..hanya sebab kempunan KFC
33.   Roomate mengarut bila: bangun je petang hari,dia mengidam nak makan BIG APPLE yang hanya ada di Alor Star
34.   Roomate sangat bising bila : dia lapar..
35.   Mi sakit hati bila roommate samakan mi dengan : MILO (dia lapar Milo tapi …)
36.   Makanan yang roommate suka tapi mi takkan makan : Baked Bean
37.   Mi pening dengan roommate bila: dia makan kat EDC lepas dia pening2 tak tau nak makan kat mana
38.   mi sengaja sakitkan hati roommate bila: dia tanya pendapat Mi tentang fesyen tudung dia( aksesori kat tudung tu menampakkan fesyennya weird betul~!)
39.   Mi tak leh tinggalkan roommate mi after 12 sebab:roommate mi takut nak pergi toilet after 12
40.   Karakter roommate yang perlu diubah:tak tetap pendirian
41.   Karakter roommate yang takda pada orang lain yang bercinta: roommate mi tak kuat cemburu dan syak wasangka dengan SD
42.   Mi rasa roommate kaya bila:tengok tudung dia yang bergantung dan aksesori yang dia ada
43.   Mi rasa roommate sangat menyedihkan bila; dia kena makan bubur je bila sakit gigi
44.   Perkara yang mi nak bagitau kepada anak Nurul Zahirah Binti Zabedi :mama dia seorang yang pernah jadi kegilaan ramai lelaki!
45.   Konflik paling kelakar pernah dialami: Alia mimpi dia dengan SD dan roommate seolah olah menyerahkan SD kepada Alia
46.   Roomate paling ikhlas bila: dia sanggup tinggalkan laptop dan tak berFB untuk beberapa tempoh hanya kerana nak exam
47.   Karakter roommate yang masih mi gagal fahami: dia masih tenang walaupun tak suka orang tuh!
48.   Rahsia yang mi nak bagitau roommate: Kami tak pergi penang pun~!kami sekadar sampai ke alor setar~!jangan marah,naaa…
49.   Rahsia yang mi tak nak bagitau roommate: mi tak suka dia pakai braces
50.   Impian roommate yang masih belum mi tunaikan : beli cupcake untuk sambutan birthday dia~!dia sendiri yang mintak ni..
51.   Impian roommate yang telah mi tunaikan: jadi roommate dia lah..dia kan nak roommate..dia dah dapat pun~!Heee
52.   Mi rasa roommate sanagt lurus bila: dia dah banyak kali tertipu dengan helah mi dan Alia
53.   Mi tau roommate tak suka mi bila: mi BERGABUNG dengan Alia
54.   Mi kesian kat roommate bila: mi ajak dia berborak sebelum tido,time mi bercerita,dia akan bukak mata luas luas walaupun mengantuk tapi bila time dia berceria,mi akan tutup mata rapat-rapat..tak tahan mengantuk weh~!
55.   Perkara yang roommate mi masih tak tahu: time dia wat supersaver nak berborak dengan Mi,sebenarnya,banyaknya mi terlelap..mi tak tahu apa roommate cakap sebenarnya!mi sangat mamai~!
56.   Mi akan terkejut bila: roommate bangun seawal pagi,tak tidur lepas subuh,dan tarik langsir..duduk dekat meja dan STUDY~~~!(wow!)
57.   Roommate mi nampak weird bila:dia pakai kain batik(well..)
58.   Kekerapan roommate mi iron baju: hampir semua baju dia takkan iron kecuali beberapa pasang baju kurung
59.   Kekerapan roommate mi basuh baju: dulu ada jugak sekarang..kalau dah takda baju sangat baru dia basuh~!
60.   Sabun basuh?rumate mi tak da sabun basuh sendiri semenjak sem 5
61.   Tegangkan cadar: roommate mi jarang tegangkan katil tapi dia akan buat jugak bila mi tegangkan cadar..tapi masih tak kemas~!
62.   Kalau Nurul Zahirah Binti Zabedi bukan roommate mi: dia macam anak mi..hehe..dia tak tahu,mi akan basuh cadar dan kain semayang dia bila dia pulang..mi juga akan kemaskan tempatnya..bukan nak kredit dengan apa yang mi buat..sekadar rasa bahagia buat cam tuh~!
63.   Mi akan rasa bersalah bila: roommate kena makan sorang sorang kalau Alia takda
64.   Kalau Alia takda:mi akan jadi mangsanya!
65.   Perkara paling lawak roommate suruh mi buat: Naik trak ‘berani Mati” masa banjir supaya mi boleh balik Kuantan
66.   Mi dengan Alia akan terus berlapar selagi: roommate tak bangun tido..sebab dua dua kesian nak kejutkan roomate~!
67.   Roomate bangun paling lambat : Selepas Zohor
68.   Kekerapan makan roommate: Selang 2,3 jam,dia mesti makan..kalau tidak dia akan nampak muka orang yang depan dia macam milo la..tomyam la..ish2!
69.   Tahap kebulur paling teruk dialami: jam dah melepasi satu pagi,kami dengan semangatnya ketuk tin baked bean dengan harapan ia akan terbuka,tapi impian hampa..akhirnya makan nasi dengan sardin~!
70.   Mi rasa tak bersopan dengan roommate bila mi selalu cakap kat dia: Bengong(memang tak sopan)~!
71.   Perangai roommate yang paling mi tak faham: dia masih dapat layan orang tu walaupun dia tak suka~!
72.   Kekerapan rumate mi nangis sebab Mi:sekali (sebab mi marahkan dia)
73.   Rumate mi pernah marah Mi bila: mi selalu lambat bersiap..
74.   Zahirah roommate yang baik sebab:dia jarang marah dan tarik muka dengan mi(well,dia memang penyabar in nature)
75.   Zahirah bukan roommate yang baik sebab: dia selalu balik rumah setiap minggu
76.   Mi akan rasa Zahirah menyusahkan bila: dia lapar tengah malam dan dia akan ajak sema orang cari makanan dengan dia..hehe
77.   Skandal Zahirah yang paling mi rasa lawakLrahsia
78.   Skandal Zahirah yang paling Mi kesian:Awie
79.   Mi rasa Zahirah jahat bila: dia nak tak nak je layan SD
80.   Zahirah akan cari alasan bila:dia sebenarnya malas nak buat menda tu tapi sebab serba salah dia akan mencari alasan~!
81.   Zahirah akan buat muka bila: takda orang nak temankan dia pergi toilet
82.   Tabiat tidur roommate: tidur dengan comforter walau panas,sejuk..dia suka tidur berselubung
83.   Kelebihan roommate yang orang tak tahu: roommate pandai menjahit dan sangat kreatif
84.   Keburukan roommate yang semua orang tahu: roommate tak suka mengemas
85.   Mi akan pujuk roommate dengan : membeli aksesori tudung sebab mi tau tabiat pemakaian tudung yang pelik diamalkan oleh my roommate
86.   Nama roommate dalam phone mi : Bright Girl  sebab dia cakap dia macam watak dalam cerita The Successful Story of a Bright Girl
87.   Roomate akan pujuk mi bila: mi terasa dengan dia gelakkan Mi sebab obsesi mi pada Super Junior
88.   Tabiat roommate selepas bangun tidur yang mi tak faham: bangun je tidur,dia mesti sikat rambut sambil menghadap cermin..relevannya ??
89.   Roomate kena bangun setengah jam awal sebelum pergi kelas: sebab dia mengambil masa yang sekejap untul mandi tapi lama untuk membelit tudung dan bermake up~!
90.   Prank yang akan mi main dengan roommate bila mi bosan:mi akan kurung roommate dekat luar dan biar dia menjerit2 untuk beberapa saat,baru mi bukak pintu
91.   Kekerapan rumate mi tido: 3 kali sehari..(mi begitu pelik dengan kemampuan dia untuk tidur dengan begitu lama )
92.   Kelemahan yang kami sama sama kongsi: Kami suka tidur~!
93.   Penyebab mi rasa roommate mi dan mi tak serasi ialah:mi minat bahasa tapi rumate mi tak~!
94.   Impian roommate yang mi takkan tunaikan: pisahkan katil~!
95.   Impian mi yang roommate takkan tunaikan:suruh dia minat suju-memang mustahil!
96.   Mi sakit hati dengan roommate bila dia : cakap suju terdiri daripada sorang gemuk dan sorang jongang~!(ah..tension betul..)
97.   Mi rasa lelaki tak patut suka dekat roommate mi sebab: zahirah bukan seorang yang romantik!
98.   Mi rasa tak sabar: nak tunggu roommate cabut braces dia(aku dah tunggu bertahun2..aku rindu muka ko takda braces..)
99.   Roommate mi adalah kawan baik mi bila: dia antara orang yang mi tak malu untuk bagitau result mi
100.roomate mi adalah yang terbaik bila: mi rasa tak menyesal hidup dengan dia selama 4 tahun ni
101.roomate mi sebenarnya:hanya akan gelak sepanjang baca menda ni dan dia hanya akan senyum..mi akan cukup bertuah jika roommate cakap ‘TERIMA KASIH ROOMMATE’ selepas baca ni..hehe