Istikharah cinta
Malam ini, langit masih dihiasi bintang,suluhan cahaya daripada bulan masih kelihatan jelas di pandangan mata . Umairah tertunduk lesu. Fikirannya cuba menafsirkan apa yang terjadi.
‘’Umairah,jomlah tengok cerita Nur Kasih..dah nak start ni..’’jeritan Insyirah melenyapkan apa yang bertamu di fikirannya sebentar tadi. Dituruti Insyirah ke bilik tayangan. Gadis itu kelihatan ceria sekali. Insyirah memang peminat setia cerita ini.
Katanya dia tak mahu dilukai seperti Nur Amina. Umairah hanya menggeleng melihat telatah rakannya.
Obses sangat! Itu komentar paling tepat untuk Insyirah.
‘’Kau tengok tu..Umairah..ada ke patut Adam layan Nur macam tu..Ya Allah..gerammnya aku..’’Insyirah masih banyak mengomel. Tak puas hati betul dia dengan gelagat Adam dalam cerita Nur Kasih. Ditinggalkan isteri yang dinikahinya dan kembali ke pangkuan teman wanita yang menjadi pilihan hatinya.
Umairah hanya berdiam diri dan kadang-kadang melayan omelan Insyirah. Fokusnya langsung lari daripada skrin televisyen. Dia datang hanya untuk menemani Insyirah.
Entah berapa lama otaknya melayang jauh. Sedar-sedar Insyirah sudah berada di depan mata.
‘’Umairah..jom balik..!’’tercengang-cengang Umairah.
‘’Cerita dah habis?’’soalan Umairah mengundang gelak Insyirah.
‘’Ya..dah habis..kau ni kenapa..asyik berangan je..’’Insyirah segera menarik tangan Umairah. Mereka menapak keluar daripada bilik televisyen kolej.
Tanpa sempat sampai ke bilik, telefon bimbit Insyirah dah berbunyi.
Tersengih-sengih gadis itu menyambut panggilan. Insyirah memberi isyarat kepada Umairah supaya pulang dulu. Umairah hanya tersenyum. Pasti Amsyar yang menelefon. Umairah berjalan sendiri ke bilik.
Hajat di hati, Umairah mahu mengerjakan solat Isya’ terlebih dahulu. Namun, giliran telefon bimbitnya pula berdering. Nama Huzaifah tertera sebagai pemanggil. Hatinya berbelah bahagi. Perlahan punat answer ditekannya.
‘’Assalamualaikum..’’Umairah dapat mendengar dengan jelas suara di hujung talian.
‘’Waalaikummussalam..’’sesopan mungkin Umairah menjawab salam yang dihulur.
Tidak lama mereka berbual. Umairah cuba mengelak daripada terus terusan melayan Huzaifah. Pantas dia memohon diri, pelbagai alasan diberikan agar dia dapat mengelak daripada terus bercakap dengan lelaki itu.
‘’Umairah..’’jeritan Huzaifah mematikan langkahnya.Dia menoleh. Kepalanya tertunduk. Dia menunggu butir bicara daripada lelaki yang berdiri betul-betul di hadapannya.
‘’Awak free tak?’’suara Huzaifah menyentak hati nurani Umairah.
‘’Saya ada kerja..’’pendek dan ringkas jawapannya. Pantas kakinya digerakkan. Tidak mahu berlama lama di situ.
Ingatan Umairah masih tertumpu kepada peristiwa tengahari tadi. Suara Huzaifah yang menegurnya seolah olah terngiang-ngiang di benak pemikiran Umairah. Dia terdiam seketika. Istighfar panjang gadis ini. Pandangannya cuba difokuskan kembali kepada skrin komputernya. Kepala Umairah masih terganggu dengan suara dan wajah lelaki itu.
Umairah pantas bangun, mengambil wudhu’ dan menunaikan solat. Hatinya tidak tenang memikirkan seraut wajah yang telah lama muncul dalam kehidupannya. Namun, dia bukanlah gadis sembarangan, yang mudah menerima cinta manusia.
Sujudnya panjang dilinangi air mata.
‘’YA Allah..sesungguhnya hati hambamu ini sering saja terusik dengan nafsu duniawi..Ya Allah, kau maha mengetahui apa yang sedang berlaku kepada hati ini. Ya Allah, tidak tertahan aku dengan panahan nafsu duniawi ini..Bantulah aku, Ya Allah..Aku inginkan sekeping hati ini hanya mencintaimu..bukan untuk dihuni oleh seorang manusia yang sembarangan..’’Air matanya berlinang laju. Umairah kesal kerana hati ini berani sekali untuk jatuh cinta dan tertarik dengan seorang manusia sembarangan.
Sesudah menunaikan solat sunat pada malam itu, Umairah menutup laptopnya. Dia membatalkan segala niat untuk membuat kerja. Umairah mengambil keputusan untuk tidur. Sebelum melelapkan mata, sempat dia berzikrullah. Hatinya kembali tenang. Tidurnya kembali lena.
‘’Assalamualaikum..Umairah..’’Huzaifah ini masih belum faham maksud Umairah. Sudah beberapa kali Umairah menolak untuk berjumpa dengannya, tapi dia masih degil. Setiap kali tamat kelas, Huzaifah akan menunggu Umairah di muka pintu dan setiap kali itulah Umairah akan menolak untuk keluar dengannya.
Umairah berkira-kira untuk meninggalkan lelaki ini. Kakinya sudah mula menapak, tapi sekujur tubuh Huzaifah segera menahannya. Tangan Huzaifah hampir sahaja terkena bahu Umairah.
‘’Astagfirullahalazim..’’terjerit sedikit gadis ini dengan aksi yang baru berlaku. Wajahnya berubah. Mukanya masam mencuka. Tanpa sepatah kata, Umairah meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga sendirian.
‘’Wah..asyik sekali muka kau hari ini,,Huzaifah..ada apa apa ke?’’pertanyaan Akmal mengundang senyum di bibir Huzaifah.
‘’Kau tahu hari ini aku hampir terpegang bahu Umairah..’’senyuman sinis menguntum di bibirnya. Pasti Akmal akan terkejut dengan pencapaiannya.
‘’What..hei kau biar betul..budak garang tu?’’serasa sukar untuk Akmal percaya dengan kata –kata Huzaifah. Huzaifah hanya tersenyum tanda mengiakan.
Benak Insyirah penuh dengan persoalan. Gosip tentang Umairah dan Huzaifah dah bertiup kencang dalam kalangan kawan-kawan sekelas. Hatinya memang tertanya-tanya tapi bimbang benar jika Umairah naik angin.
‘’Insyirah,,kau fikir apa tu ?’’Pertanyaan Umairah mematikan segala persoalan yang bermain di minda Insyirah sebentar tadi. Ditenungnya wajah Umairah dalam-dalam. Digagahkan mulut untuk bertanya.
‘’Kau dengan Huzaifah memang ada apa-apa ke?’’ Muka Umairah masih tenang mendengar persoalan yang ditanya. Dia senyum seribu makna.
‘’Kau percayakan sahabat kau ke kau percayakan angin yang membawa khabar berita?’’ Insyirah tertunduk mendengar jawapan Umairah. Dia faham benar dengan maksud yang disampaikan oleh Umairah.
‘’Aku tentulah percayakan sahabat aku..’’serta merta dipeluknya Umairah erat. Sudah lama mereka menjadi teman sebilik. Semenjak di semester pertama. Belum pernah dia melihat Umairah tergedik gedik dengan lelaki apatah lagi untuk sampai ke tahap berkasih sayang. Dia percayakan Umairah. Gadis itu pasti tidak akan berbuat bukan-bukan.
‘’Umairah..’’seperti hari kebiasaan, Huzaifah masih setia menunggu setelah tamat kelas.
Umairah tidak mematikan langkah hari ini. Dia sedar banyak mata yang memandang. Pandangannya ditundukkan ke tanah. Enggan memandang wajah tersebut.
Niatnya untuk ke library mati begitu sahaja. Dia bimbang Huzaifah akan mengekorinya. Dia terus berlari-lari anak mengejar bas yang sedia menurunkan penumpang di stesen bas untuk laluan D. Berasak-asak siswa dan sisiwi berebut untuk menaiki bas. Umairah serba salah. Bimbang benar dia jika dia turut serta untuk berebut, bimbang tersentuh yang bukan muhrim. Dia berdiri lama di situ. Niat untuk naik bas mati serta merta. Umairah kembali mengambil tempat di bangku stesen bas. Sempat dia menyelak nota-nota Equity dan Trust yang baru disalinnya dalam kelas sebentar tadi.
‘’PITTTTTTTTTTT…’’Bunyi hon yang bingit menarik perhatian Umairah.
‘’Umairah..’’suara yang memanggilnya juga datang dari kereta yang sama.
Umairah ternampak kelibat Insyirah di dalam kereta. Namun begitu, kereta ini milik siapa pula?
Wajah Huzaifah menjelma di sebalik kekeliruan Umairah. Dia tersengih-sengih mempelawa Umairah naik. Umairah bagai dipukau hanya menurut tingkah Huzaifah.
Di dalam kereta, bagai bertih, Huzaifah menceritakan bagaimana dia kebetulan bertemu dengan Insyirah.
Umairah mengambil langkah selamat, berdiam diri. Sesak rasanya berada dalam satu kereta dengan Huzaifah,secara lebih tepat, rasa yang tidak selesa bersama dengan lelaki yang bukan muhrim.
‘’Umairah..’’ Insyirah masih tidak dapat membaca gerak dan riak wajah Umairah.
‘’Ye …Insyirah..kenapa?’’Umairah akhirnya bersuara. Daripada cermin sisi di bahagian pemandu, dia dapat melihat wajah Huzaifah yang tersengih-sengih. Umairah tunduk semula.
‘’Kita pergi Changlun dulu boleh tak..’’
‘’What..?’’serta merta Umairah menjawab dengan lantang. Bagaikan sedar dengan gelagat Huzaifah yang mentertawakan tindakannya, Umairah beristighfar di dalam hati. Tindakan Insyirah pada hari ini sangat melampau pada pandangan Umairah.Mahu tidak mahu, Umairah melonggarkan otot-otot kakinya untuk menemani Insyirah membeli barang. Sungguh, hatinya tak selesa dengan tindakan Huzaifah yang sentiasa ingin berjalan di sebelahnya. Dalam keadaan sesak di C-Mart, sengaja dia merapatkan bahunya agar bertemu bahu Umairah. Merah padam muka Umairah diperlakukan sebegitu.
‘’Umairah..kenapa ni..’’pertanyaan Insyirah dibiarkan sepi tanpa jawapan.
‘’Nurul Umairah binti Abdul Aziz, ada apa dengan awak ni..?’’Umairah menahan getar di bibir. Sama ada Insyirah sengaja buat tidak faham atau dia memang tidak faham, Umairah memang tidak tahu. Ditenungnya tepat ke wajah Insyirah.
‘’Sebutkan 5 prinsip Umairah Binti Abdul Aziz..’’langsung tiada senyuman yang terlakar di wajahnya.
‘Allah dan Rasulnya. .Solat..Ibu bapa...Study..dan lelaki..’’lancar Insyirah memberikan jawapan.
‘’Lelaki? Kenapa dengan lelaki?’’Umairah masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh teman sebiliknya itu.
‘’Lelaki bukan mahram merupakan musuh terpencil seorang muslimah..kerana lelaki yang bukan mahram ini mampu mengundang fitnah kepada seorang wanita muslimah yang suci..’’sengaja Insyirah cuba mengajuk cara Umairah bercakap.
‘’Habis tu..hal dengan Huzaifah tadi..tak nak minta maaf..’’sebenarnya Umairah sudah tidak terlalu marahkan insyirah.Sengaja ingin menduga hati temannya itu.
‘’Maafkan aku sahabat..’’pantas tubuh Umairah dirangkulnya. Insyirah sedar sesuatu tentang Umairah. Dia tidak menyukai kehadiran kaum Adam di dalam hidupnya. Kadang-kadang ada gusar di hati ini, kenapa Umairah perlu bereaksi sebegitu.. Namun begitu, lebih baik dipendamkan dalam hatinya. Bimbang jika terlanjur berbicara, Umairah pula yang akan terasa hati.
‘’Umairah..’’tersentak sejenak mendengar suara yang memanggilnya. Ditelan air liur dalam-dalam. Jantungnya bergerak pantas. Niatnya untuk membeli cempedak di Kachi Mall segera dibatalkan. Dia menongkah laju. Sengaja dibiarkan suara yang memanggilnya kian samar di pendengaran.
Umairah menelek hanphoneya. Ada mesej daripada Huzaifah. Dibukanya dengan perasaan penuh debar.
‘’Salam..Umairah..Allah menciptakan Hawa daripada tulang rusuk kiri Adam. Diciptakan seorang wanita untuk Adam kerana tidak mahu Nabi Allah ini berasa kesunyian. Kisah ini akhirnya berubah menjadi fitrah manusia.Aku mungkin tidak semulia Ali bin Abi Talib yang menjadi putera di hati puteri Rasulullah S.A.W. Aku tidak mempunyai wajah sesempurna Yusuf yang mungkin buat hatimu tertarik. Aku juga bukan nabi yang maksum daripada segalanya untuk membimbingmu dari segala dosa..Hanya yang mampu aku janjikan adalah kasih sayang sejati ibarat kasih Shah Jehan kepada mumtaznya..’’
Umairah terduduk. Hatinya terpana sebentar. Dia tunduk menjengah lantai. Sungguh, aku tidak dapat menolak cinta hamba Allah ini. Sukar rasa hati ini untuk menepis godaan duniawi.
Umairah bukan sengaja menolak kehadiran lelaki dalam hidupnya.Dia punya alasan tersendiri.
Namun biarlah ia kekal menjadi rahsia hatinya.Enggan memikir lanjut mengenai kisah Huzaifah, Umairah pantas memulakan kerja.
Hari demi hari berlalu, Huzaifah kian jauh daripada hidupnya. Lelaki itu mungkin kini sedar dengan prinsip Umairah. Jika terjumpa di dalam kelas pun, usahkan memandang, menjeling pun tidak lelaki itu kepadanya. Kadang-kadang gusar hatinya melihat tingkah Huzaifah yang begitu. Hatinya terusik dengan sikap Huzaifah yang sekelip mata berubah.
Masya Allah.perasaan apakah ini? Adakah aku dilamun cinta? Hatinya merintih sendirian. Entah apa yang ingin ditafsirkan dengan perasaan sendiri. Bila Huzaifah tidak bereaksi seperti dulu, hatinya dilanda pilu. Astagfirullahalazim..kenapa terlalu jauh aku memikir tentangnya? Adakah halal ruang dan waktu yang aku gunakan untuk memikirkan dia?
Umairah berteleku sendirian di satu sudut di kamarnya. Air matanya mencurah-curah, membasahi segenap ruang wajahnya. Umairah bimbang dengan dirinya yang kian mencintai manusia, bimbang tentang waktunya yang telah digunakan untuk memikirkan Huzaifah. Bimbang kerana telah mengundang zina. Zina hati. Umairah beristikharah kepada Allah memohon petunjukNYA. Memohon untuk ditunjukkan jalan keluar buat semua ini. Hatinya kian parah memikirkan hukuman Allah yang mungkin diterimanya.
Selang tiga minggu, Umairah mendapat panggilan telefon daripada Ummi. Entah kenapa hari ini, Ummi bernada sangat ceria seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Umairah. Timbul pelbagai spekulasi dalam dirinya mengenai niat Ummi yang sebenar. Ummi sengaja membiarkan Umairah tertanya-tanya. Surprise katanya.
Kesibukan menghadapi exam membuatkan Umairah lupa sejenak dengan rahsia Ummi. Hari terakhir di kolej, baru Umairah teringat mengenai Umminya. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa Ummi. Entah apa yang ingin disampaikannya. Takpa, selepas 11 jam, aku dah boleh berjumpa Ummi,..
‘’Umairah..Ummi ada hal nak disampaikan..’’getar suara Ummi sahaja sudah cukup membuatkannya resah.
‘’Ada apa Ummi..’’lembut suara Umairah mendamaikan hati Puan Hafizah. Dia kenal benar dengan anak gadisnya itu, dia pasti Umairah akan menerima cadangan ini dengan hati yang terbuka.
‘’Ummi..’’desir suara Umairah menggamit Puan Hafizah untuk kembali berpaksi di alam nyata.
‘’Beberapa minggu lepas, Ustaz Amar hantar rombongan..’’lembut suara Ummi menuturkan sepatah demi sepatah apa yang dipendamnya. Umairah sedikit tersentak. Namun, istighfarnya panjang.
‘’Ummi..apa pendapat Ummi..?’’Umairah inginkan kepastian dan pendapat Ummi sendiri.
‘’Umairah..Ummi besarkan Umairah dengan penuh kasih dan sayang..mengajar kamu mengenai cinta Allah dan rasulnya,.mengajar kamu menjadi sebahagian daripada isi perut bumi yang tidak lupa mengenai zikrullah dan selawat, mendidik kamu menjadi wardah terindah..agar hanya kumbang yang terpilih dapat memilikimu..’’ Umairah faham dengan kehendak hati Ummi. Ummi menginginkan sesorang lelaki yang bisa mewariskan ilmu agama yang telah ditanamnya sejak kecil..Hanya lelaki yang bisa menerima wasiat ini mampu menjadi sebahagian daripada dirinya.
Umairah termenung sebentar..Tangan Ummi digenggam kemas. Bayangan Huzaifah seolah-olah menari nari di kotak pemikirannya. Hatinya sayu.
‘’Ummi..Umairah istikharah dulu ye…’’bukan ingin mengelak tetapi ingin kepastian mengenai lelaki yang bakal menjadi imam di dalam solatnya nanti.
Malam itu, Umairah tekadkan hati berqiyamullail. Sudah lama rasanya dia tidak berkasih sayang dengan tasbih dan zikrullah di dinihari. Hari ini, dia merindui semua itu. Umairah tenang dalam dakapan kasih illahi. Zikrullah masih basah di bibirnya tatkala mendengar suara Ummi mengajaknya jemaah di Subuh hari.
‘’Umairah, hari ini, Puan Fatimah, ibunya Ustaz Amar nak datang..’’entah kenapa sogokan Ummi dapat diterima hatinya dengan tenang. Umairah hanya mengangguk.
‘’Jadi, tak payahlah bertunang lama-lama kan..apa kata kita langsungkan ketika Umairah cuti pertengahan semester tahun depan..’’cadangan Puan Fatimah diterima Ummi dengan selafaz kalimah syukur.
Maafkan aku, Huzaifah kerana kau bukan lelaki yang telah ditetapkan oleh Allah untukku. Meskipun hati ini pernah tergugat dengan kehadiranmu, tetapi aku percaya, terkadang hati ini cuma bertunjangkan nafsu duniawi, bukan berdasarkan kasih Illahi,Aku redha dengan jodohku..
Diari ini akan aku simpan kemas dalam memori ingatanku. Kerana cinta yang terzahir daripada hati ini untuk Illahi, aku tinggalkan cinta duniawi.
‘’Umairah..rombongan keluarga lelaki dah sampai..’’suara Ummi memasakkan diriku kembali ke alam realiti. Aku menyusun langkah menuruni anak tangga. Sebentar lagi, aku akan memasuki fasa lain di dalam hidup ini.
‘’Aku terima nikahnya Nurul Umairah binti Abdul Aziz dengan mas kahwin rm 22.50 tunai..’’dengan sekali lafaz, aku telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Amar bin Abdullah, pilihan Ummi dan juga pilihan Allah untukku. Syahdu hati ini menerima kucupan pertama daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Air mataku menitis.
‘’Ummi..kenapa termenung ni? Tolong Abi amik bola tu..’’suara Amar menarik memori Umairah kembali ke realiti.
‘’Apa..Abi?’’Umairah masih terpinga-pinga.
‘’Ummi..Abi..cepatlah..’’suara Aiman memecah kebuntuan Umairah dan Amar. Anak kecil berusia 3 tahun itu kian petah berbicara. Senang sekali Umairah mendengar riuh anak sulungnya itu.
‘’Ummi..larat ke nak main..perut tu macam dah nak meletup..’’suara Amar yang mengusiknya mengundang tawa Umairah. Hatinya terlalu bahagia memiliki cinta Amar. Lelaki yang tidak dicintai daripada mula, tetapi cinta mereka, Insya Allah tidak bersifat sementara.
Syukur ya Allah, kerana kau hadiahkan Amar untuk mendampingku sebagai suami dan lebih penting sebagai hambamu, Ya Allah. Aku tidak mendamba kesempurnaan secara total, cukuplah andai kami saling memenuhi kekurangan masing-masing. Kerana setiap yang kau ciptakan pasti ada kekurangannya tetapi mereka semua saling bergantungan. Lihat sahaja matahari, di kala siang, cahayanya menerangi hidup manusia, tetapi terkadang cahayanya memudaratkan sehingga mendatangkan kemarau, lantas Allah menciptakan hujan, untuk mengimbangi terik matahari tetapi hujan juga terkadang mengundang bencana, tetapi Allah jadikan pepohon hijau untuk menjadi pusat tadahan air agar bumi ini tidak tenggelam dalam lautan air hujan..Tengok, Allah ciptakan setiapnya ada kelemahan, tetapi diimbangi dengan ciptaan lain yang saling melengkapi..Itulah cintaku kini. Aku dan Amar cuba melengkapi hidup masing-masing kerana sedar kami hanyalah hamba Allah yang terkadang terhanyut dengan kuasa duniawi.
Huzaifah? Dia mungkin cinta pertamaku tetapi bukan jodoh yang ditakdirkan merentangi hidup duniawi dan ukhrawi bersama-samaku.
Cinta itu fitrah manusia, kasih dan sayang dicipta sebagai satu anugerah tetapi andai cinta kita tidak kesampaian, itu mungkin satu kifarah kerana cinta kita pada duniawi telah menarik kita sebentar daripada mencintai Allah ,maka dugaan disakiti dan menyakiti itu satu pentarbiyahan agar kita kembali tepat kepada landasanNYA. Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment