Sahabatku,
Wanita yang baik dijadikan untuk lelaki yang baik,
Janji Allah itu membuat hatiku tertarik,
Aku tidak mampu menyemai kasih seperti Zulaikha,
Tidak mampu setia bak Aisa,
Aku juga tidak sepekerti Fatimah Az-Zahra,
Tapi, aku adalah seorang wanita..
Sahabat,
Setiap wanita mendamba cinta,
Cinta pada Allah dan cinta sesama manusia,
Cinta pada Allah Azawajalla itu cinta hakiki,
Cinta pada manusia itu cinta duniawi,
Kedua-dua cinta itu aku syukuri..
Semoga cinta ini tidak melenyapkan aku dari duniawi,
Tidak juga ku rela menjauh dari kasih Illahi,
Sahabat,
Biarkan aku melayari bahtera cinta,
Doakan agar aku tidak mudah alpa,
Kerna dia telah tercipta oleh NYA,
Melengkapi hidupku sebagai hamba.
Sahabat,
Kini aku berada di antara keduanya,
Kasih Illahi membuatku bahagia,
Sedang kasihnya membuat ku bertenaga,
Moga Tarbiyah ini merubah cinta,
Menjadi insan yang lebih setia,
Sahabat,
Kasihku sampaikan buat drirmu,
Semoga kau juga tidak terus buntu,
Mencari cinta ukhrawi jangan malu,
Kerana cinta manusia pasti buat kau terpaku,
Semoga kau jua bermimpi seperti aku,
Mendamba kasih manusia juga Allah yang satu.
No comments:
Post a Comment