thank you, terima kasih, syukran..tulis senang,bukan panjang sangat pun tapi nak tuturkannya payah..lagu yang panjang berjela tu sanggup pula dinyanyikan. masalah akidah. masalah umat.
belajarlah ucapkan terima kasih. si suami, ucapkan terima kasih dan syukur isteri dah siapkan makan pakai, lahirkan anak untuk anda.
si isteri ucap terima kasih sebab suami layan anda dengan baik dan bagi duit setimbun.oops.
siapa pun kita, ringan ringankan mulut untuk ucapkan kalimah terima kasih dan syukur.
mungkin seorang wanita dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki tetapi darjat kita di sisi Allah sama sahaja. janganlah sebab kita ni seorang lelaki, maka, gunakan kuasa veto suruh isteri bekerja 24 jam, pantang silap, naik tangan, caci maki. belajar untuk berterima kasih dan bersyukur.
semoga Allah memberikan kita kehidupan yang lebih harmoni apabila kita sama-sama berterima kasih dan bersyukur. Amin.
Thursday, October 10, 2013
Monday, October 7, 2013
Wanita
kasih ibu bawa kita ke syurga. rindu mak. lap air mata.
bukan senang nak jadi ibu, patutlah Allah letak kaum ibu dalam posisi yang sangat tinggi. nangis sekali lagi.
apa pun, bagi kaum Adam, memang wanita dijadikan Allah sangat istimewa, mereka punyai rasa hati yang cukup hebat..sebab itu mereka layak bergelar ibu.
pernah tak kita berterima kasih dan bersyukur untuk segala pengorbanan dari seorang wanita? mengandung dan melahirkan. itu belum lagi bab buat kerja rumah. hari minggu bagi kebanyakan lelaki adalah waktu untuk berehat. tetapi untuk wanita? khususnya yang bekerjaya, yang hanya ada hari minggu nak masak sedap-sedap, nak mengemas rumah dan sebagainya..berapa ramai lelaki yang ringan tulang membantu ibu/adik/kakak/isteri dalam membuat kerja rumah? pernah tak berterima kasih pada mereka dan bersyukur pada Allah?
tahukah kita Rasulullah S.A.W tak menggalakkan kita makan di luar? pernahkah kita berterima kasih dan bersyukur kerana adik/isteri/kakak/ibu ada untuk sediakan makanan kita?
kadang kita terlupa, wanita, kerana istimewanya mereka, Allah bagi tugasan maha berat ini. mudahkah bersabar dengan kerenah anak-anak yang macam-macam? mungkin ada yang belum jadi ibu, masih x memahami. okay. tengok diri sendiri jap..single lagi! eh?! ni sekadar ingatan buat diri sendiri dan orang lain.
apa pun, jika kaum lelaki punyai hak untuk memilih bakal zaujahnya berdasarkan syarat-syarat istimewa, kaum hawa juga perlu ada hak sebegitu.
bukan senang nak menjadi ibu, isteri, wanita bekerjaya,dan suri rumah sekali gus. *tunduk hormat kepada kaum wanita.* clap! clap!
apa pun, doaku, moga Allah pertemukan daku dengan jodoh yang ringan tulang, kuat imannya serta taat kepada ibunya. moga Allah perkenankan doaku. amin.
moga juga Allah mempermudahkan urusan ibu bapaku yang sedang menjadi tetamu Allah ketika ini. semoga mendapat haji yang mabrur. amin.
Tuesday, October 1, 2013
supermom
assalamualaikum. dah lama xjenguk blog..*kesat kesat habuk*
hari ini, 1/10/2013..kiranya dah hampir sebulan mak dan abah takda kat rumah, dan sudah hampir sebulan juga lah , mimi menjadi supermom/superdad..dan lecturer cikai.
lepas 3 minggu, stress stress stress! bukan senang nak handle semua benda dalam satu masa..tapi apa pun masih cukup masa untuk tidur ^______^.
apa pun, sekarang tengah melalui proses kematangan. kena banyak sabar since dah jadi supermom/superdad.kkk. kalau merungut nanti kena jual! huhu
apa yang tak reti buat time mak ada, dah reti buat time mak tak ada. yelah, semua tanggungan ada di bahu mimi. daripada telur mata hancur jadi telur mata separuh masak, daripada sardin kuah tak habis blander kepada sardin sesedap rasa, daripada hari hari sup ayam kepada hari hari ayam berbagai perisa..rasa ada perubahan sedikit demi sedikit dalam diri ini.
menjadi pula kakak/ adik perempuan di rumah ini menuntut kesabaran.kalau ikut sama mengamuk, maka, seluruh isi rumah akan kebuluran.
mungkin tak la matang sepenuhnya, tetapi sekurang kurangya bertambah baik. kalau pernah merasa pengalaman macam ni, maka, tahniah kepada anda. kerana kita berada di fasa yang sudah bersedia untuk mempunyai anak. *cough*
sekian.wassalam
Sunday, September 15, 2013
0_0
Assalamualaikum.
Masya Allah..dah seminggu mak dan abah ke Tanah Suci...semuanya di rumah diuruskan sendiri.dalam melalui semua ini, rasa bersyukur sebab diberi kesempatan untuk memahami kepayahan menjadi seorang ibu..semuanya nak diuruskan.nasib takda baby.oops.mana nak dapat baby kalau kahwin pun belum.
btw,cakap pasal kahwin, dengar cerita orang tu dah bertunang. tahniah! terkejut memang ada..tapi manusia berubah..bukan dia je,mimi pun berubah juga. cuma siapa yang masih terjerat dengan sejarah silam yang lebih merasai ruginya. okay la tak mau cerita panjang..apa pun,yang bahagia,didoakan terus bahagia.
perjalanan kita semua masih panjang. semoga mencapai redha-NYA. amin.
Tuesday, August 20, 2013
Mati
Assalamualaikum w.b.t..
Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang..
Semalam, telah perginya seorang jiran yang dah dikenali sejak kecil lagi..arwah dah lama sakit, jadi pemergiannya dah di 'warning' awal-awal oleh doktor. tetapi pemergiannya memang sangat terasa. isteri arwah juga x berapa sihat. dalam sibuk menyambut eid , ini bukan berita kematian pertama yang diterima. kerap menerima berita kematian buat hati ini berfikir, semua manusia dihambat usia.bukan mimi seorang sahaja yang semakin tua.
dulu, ada seorang jiran ni, masa mi kecik-kecik selalu mintak mi beli rokok setiap kali mi p kedai..masih terngiang-ngiang bila dia panggil mi, angah. sayu je hati bila dapat tahu Allah menjemput dia time mi masih menuntut di universiti. lepas tu, ada seorang makcik yang selalu kejar kami adik beradik keliling rumah sebab kami suka main api masa kecik. dia pun dah pergi tinggalkan kami. masih segar suara dia menjerit marahkan kami adik beradik. nah, semalam pula, pakcik sebelah rumah yang pada waktu kecik2 dulu, bila tahu dia kerja di airport, terus mi fikir bahawa pakcik ni pilot rupanya. begitulah zaman kanak-kanak. tiada yang dewasa pada pemikiran.
sekarang, usia mimi pun dah masuk jubli perak, semakin rasa dewasa. tetapi bila difikirkan balik, jika mi merasa tua, apatah lagi, pakcik-pakcik mahupun ibu bapa mimi yang sudah semakin dekat dengan usia warga emas..usia takkan menunggu kita. mati juga takkan menunggu kita.
semua orang takut mati. pengebom yang dikatakan berani mati juga sebenarnya takut mati. tapi entah kenapa ye kita takut mati? definisi takut mati berbeza buat manusia. ada yang takut mati sebab tak bersedia untuk tinggalkan segala nikmat duniawi. ada yang takut mati sebab takut dengan kehidupan di alam yang kekal selamanya. takut bila fikir akan disoal munkar dan nakir. takut bila janji Allah itu tiada yang dusta.
semakin banyak mendengar berita kematian, semakin membuat mimi muhasabah diri sedaya mungkin. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. antaranya sihat sebelum sakit. hidup sebelum mati. kita jarang bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi. kita juga tidak menggunakan kehidupan dengan sebaik mungkin. bermuhasabahlah sebelum izrail menjemput kita.
Al-fatihah.
rindu pula kepada arwah datuk. semoga Allah merahmati roh kalian. amin
Sunday, August 18, 2013
ESKIANS
salam!
hari ini takdir telah menemukan dengan sahabat sahabat yang dah 7,8 x jumpa..rasa tersangatlah seronok dapat lepak-lepak dan merasai suasana raya sambil mengimbau kembali kenangan 7,8 tahun lepas. memang gelak tak ingat dunia.kelakar kan bila ingat perangai zaman sekolah dulu? budak budak x matang macam tu lah..sekarang ni dah umur 25 tahun, ramai yang dah kahwin,plan nak kahwin..tadi pun dapat jumpa semua orang sebab pergi kenduri Ketua Pengawas..bertemu jodoh dengan junior kita orang jugak..tapi sebab lambat sangat ke kenduri, xsempat nak jumpa ramai orang. x taulah patut happy ke tak..sebab ada manusia yang rasanya memang dah lama mengelak daripada dia..bila dalam keadaan macam ni, rasa rindu plak kat dia..its okay.cerita tu dah lama..
bila gosip-gosip cerita pasal kawan kawan lain, baru tau semua orang dah berjaya..dulu budak hingusan je, suka tidur dalam kelas, sekarang dah ada yang jadi doktor, engineer , ahli farmasi, cikgu, lecturer..dah macam macam kerja..semua dah berjaya..sebab tu rasa nak gelak sakan bila fikir cerita dulu dulu..
bila imbau kenangan, baru sedar, dah 8 tahun tinggalkan sekolah. dah lama sangat..sekali sekala dapat jumpa, best jugak..agaknya raya tahun depan, turn siapa plak yang bakal menamatkan zaman bujang? dan siapa pulak yang bakal dapat baby? we'll see next year..! as for me, rasanya masih single next year.terpulang pada jodoh=)
\
Wednesday, June 26, 2013
Hmmmm
exam dah dekat..otak dah ligat..macam macam perasaan dalam hati..
tapi siapalah yang dapat faham hati ini kalau bukan Allah s.w.t..
dulu masa sedih, selalu tanya kawan-kawan, teruk sangat ke saya ini? kenapa saya jadi macam ni?
tapi sekarang umur dah 25, takkan nak hantar mesej dekat kawan cakap macam tu lagi?
walaupun sedih berbakul-bakul, tetapkan je hati ini..
walaupun marah dan kecewa, rasa nak nangis, biar sorang-sorang, jangan orang nampak,
walaupun penat, simpan dalam hati..
kalau tak, sampai bila nak matang?
sampai bila nak rasa kebergantungan pada Allah s.w.t?
sampai bila nak sombong dengan Allah s.w.t?
tapi siapalah yang dapat faham hati ini kalau bukan Allah s.w.t..
dulu masa sedih, selalu tanya kawan-kawan, teruk sangat ke saya ini? kenapa saya jadi macam ni?
tapi sekarang umur dah 25, takkan nak hantar mesej dekat kawan cakap macam tu lagi?
walaupun sedih berbakul-bakul, tetapkan je hati ini..
walaupun marah dan kecewa, rasa nak nangis, biar sorang-sorang, jangan orang nampak,
walaupun penat, simpan dalam hati..
kalau tak, sampai bila nak matang?
sampai bila nak rasa kebergantungan pada Allah s.w.t?
sampai bila nak sombong dengan Allah s.w.t?
Subscribe to:
Posts (Atom)