kasih ibu bawa kita ke syurga. rindu mak. lap air mata.
bukan senang nak jadi ibu, patutlah Allah letak kaum ibu dalam posisi yang sangat tinggi. nangis sekali lagi.
apa pun, bagi kaum Adam, memang wanita dijadikan Allah sangat istimewa, mereka punyai rasa hati yang cukup hebat..sebab itu mereka layak bergelar ibu.
pernah tak kita berterima kasih dan bersyukur untuk segala pengorbanan dari seorang wanita? mengandung dan melahirkan. itu belum lagi bab buat kerja rumah. hari minggu bagi kebanyakan lelaki adalah waktu untuk berehat. tetapi untuk wanita? khususnya yang bekerjaya, yang hanya ada hari minggu nak masak sedap-sedap, nak mengemas rumah dan sebagainya..berapa ramai lelaki yang ringan tulang membantu ibu/adik/kakak/isteri dalam membuat kerja rumah? pernah tak berterima kasih pada mereka dan bersyukur pada Allah?
tahukah kita Rasulullah S.A.W tak menggalakkan kita makan di luar? pernahkah kita berterima kasih dan bersyukur kerana adik/isteri/kakak/ibu ada untuk sediakan makanan kita?
kadang kita terlupa, wanita, kerana istimewanya mereka, Allah bagi tugasan maha berat ini. mudahkah bersabar dengan kerenah anak-anak yang macam-macam? mungkin ada yang belum jadi ibu, masih x memahami. okay. tengok diri sendiri jap..single lagi! eh?! ni sekadar ingatan buat diri sendiri dan orang lain.
apa pun, jika kaum lelaki punyai hak untuk memilih bakal zaujahnya berdasarkan syarat-syarat istimewa, kaum hawa juga perlu ada hak sebegitu.
bukan senang nak menjadi ibu, isteri, wanita bekerjaya,dan suri rumah sekali gus. *tunduk hormat kepada kaum wanita.* clap! clap!
apa pun, doaku, moga Allah pertemukan daku dengan jodoh yang ringan tulang, kuat imannya serta taat kepada ibunya. moga Allah perkenankan doaku. amin.
moga juga Allah mempermudahkan urusan ibu bapaku yang sedang menjadi tetamu Allah ketika ini. semoga mendapat haji yang mabrur. amin.
No comments:
Post a Comment