Tuesday, October 15, 2013

kahwin oh kahwin

Andartu, Bujang Terlajak..apa la nasib, dah la x jumpa jodoh lagi, orang plak duk panggil dengan panggilan macam tu. salah siapa? salah takdir yang buat kita jadi macam ini? atau salah diri sendiri masa universiti tak pandai kenyit-kenyit mata pikat hati mana mana teruna..hurm..mengeluh panjang......................................

tengok kawan ada baby, rasa happy tapi dalam hati rasa dengki. bila lah nak dapat anak juga? BUT, sebelum dapat anak, kena dapat suami dulu kan? nak dapat suami yang baik lagi susah daripada jawab soalan SPM..berapa banyak yang boleh hafal doa qunut? ha..doa qunut pun tak hafal..camne nak kahwin?
hajat hati nak suami jadi imam, tapi kalau dah sembahyang sendiri dia tak dapat nak uruskan, macam mana nak jadi imam solat kita nanti?

soal agama memang sangat crucial dalam pilih suami. itu belum kira hal education. semua orang nak suami educated, pandai cakap omputeh..supaya anak pandai cakap omputeh jugak. yang berpendidikan agama, nak anak pandai berbahasa Arab..supaya senang masuk syurga..errr..

lepas tu soal kerjaya pula, ada yang nak pasangan doktor, pensyarah, jurutera, peguam..cikgu pun tak laku..kalau kerja tukang sapu, atau kerani cikai, awal-awal lagi reject..x setaraf katanya..

lepas dah settle semua tu, gaduh plak pasal duit. ada yang nak buat majis gah. biar jadi wedding of the decade. duit tak da. pinjam sana pinjam sini, xkurang yang bergaduh sampai break up..

kiranya banyak sebab orang lambat kahwin..mana kita tahu sejarah silam setiap orang..so, apa kata kita doakan yang terbaik untuk orang lain.

-sedih-

1 comment:

  1. Assalamualaikum :)
    Setelah baca tulisan mimi di atas, pada akhirnya perasaanku sama..
    -sedih-

    ReplyDelete