Thursday, October 10, 2013

Terima Kasih

thank you, terima kasih, syukran..tulis senang,bukan panjang sangat pun tapi nak tuturkannya payah..lagu yang panjang berjela tu sanggup pula dinyanyikan. masalah akidah. masalah umat.

belajarlah ucapkan terima kasih. si suami, ucapkan terima kasih dan syukur isteri dah siapkan makan pakai, lahirkan anak untuk anda.

si isteri ucap terima kasih sebab suami layan anda dengan baik dan bagi duit setimbun.oops.

siapa pun kita, ringan ringankan mulut untuk ucapkan kalimah terima kasih dan syukur.

mungkin seorang wanita dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki tetapi darjat kita di sisi Allah sama sahaja. janganlah sebab kita ni seorang lelaki, maka, gunakan kuasa veto suruh isteri bekerja 24 jam, pantang silap, naik tangan, caci maki. belajar untuk berterima kasih dan bersyukur.

semoga Allah memberikan kita kehidupan yang lebih harmoni apabila kita sama-sama berterima kasih dan bersyukur. Amin.

No comments:

Post a Comment