Assalamualaikum w.b.t..
Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang..
Semalam, telah perginya seorang jiran yang dah dikenali sejak kecil lagi..arwah dah lama sakit, jadi pemergiannya dah di 'warning' awal-awal oleh doktor. tetapi pemergiannya memang sangat terasa. isteri arwah juga x berapa sihat. dalam sibuk menyambut eid , ini bukan berita kematian pertama yang diterima. kerap menerima berita kematian buat hati ini berfikir, semua manusia dihambat usia.bukan mimi seorang sahaja yang semakin tua.
dulu, ada seorang jiran ni, masa mi kecik-kecik selalu mintak mi beli rokok setiap kali mi p kedai..masih terngiang-ngiang bila dia panggil mi, angah. sayu je hati bila dapat tahu Allah menjemput dia time mi masih menuntut di universiti. lepas tu, ada seorang makcik yang selalu kejar kami adik beradik keliling rumah sebab kami suka main api masa kecik. dia pun dah pergi tinggalkan kami. masih segar suara dia menjerit marahkan kami adik beradik. nah, semalam pula, pakcik sebelah rumah yang pada waktu kecik2 dulu, bila tahu dia kerja di airport, terus mi fikir bahawa pakcik ni pilot rupanya. begitulah zaman kanak-kanak. tiada yang dewasa pada pemikiran.
sekarang, usia mimi pun dah masuk jubli perak, semakin rasa dewasa. tetapi bila difikirkan balik, jika mi merasa tua, apatah lagi, pakcik-pakcik mahupun ibu bapa mimi yang sudah semakin dekat dengan usia warga emas..usia takkan menunggu kita. mati juga takkan menunggu kita.
semua orang takut mati. pengebom yang dikatakan berani mati juga sebenarnya takut mati. tapi entah kenapa ye kita takut mati? definisi takut mati berbeza buat manusia. ada yang takut mati sebab tak bersedia untuk tinggalkan segala nikmat duniawi. ada yang takut mati sebab takut dengan kehidupan di alam yang kekal selamanya. takut bila fikir akan disoal munkar dan nakir. takut bila janji Allah itu tiada yang dusta.
semakin banyak mendengar berita kematian, semakin membuat mimi muhasabah diri sedaya mungkin. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. antaranya sihat sebelum sakit. hidup sebelum mati. kita jarang bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi. kita juga tidak menggunakan kehidupan dengan sebaik mungkin. bermuhasabahlah sebelum izrail menjemput kita.
Al-fatihah.
rindu pula kepada arwah datuk. semoga Allah merahmati roh kalian. amin
No comments:
Post a Comment