Tuesday, October 15, 2013

kahwin oh kahwin

Andartu, Bujang Terlajak..apa la nasib, dah la x jumpa jodoh lagi, orang plak duk panggil dengan panggilan macam tu. salah siapa? salah takdir yang buat kita jadi macam ini? atau salah diri sendiri masa universiti tak pandai kenyit-kenyit mata pikat hati mana mana teruna..hurm..mengeluh panjang......................................

tengok kawan ada baby, rasa happy tapi dalam hati rasa dengki. bila lah nak dapat anak juga? BUT, sebelum dapat anak, kena dapat suami dulu kan? nak dapat suami yang baik lagi susah daripada jawab soalan SPM..berapa banyak yang boleh hafal doa qunut? ha..doa qunut pun tak hafal..camne nak kahwin?
hajat hati nak suami jadi imam, tapi kalau dah sembahyang sendiri dia tak dapat nak uruskan, macam mana nak jadi imam solat kita nanti?

soal agama memang sangat crucial dalam pilih suami. itu belum kira hal education. semua orang nak suami educated, pandai cakap omputeh..supaya anak pandai cakap omputeh jugak. yang berpendidikan agama, nak anak pandai berbahasa Arab..supaya senang masuk syurga..errr..

lepas tu soal kerjaya pula, ada yang nak pasangan doktor, pensyarah, jurutera, peguam..cikgu pun tak laku..kalau kerja tukang sapu, atau kerani cikai, awal-awal lagi reject..x setaraf katanya..

lepas dah settle semua tu, gaduh plak pasal duit. ada yang nak buat majis gah. biar jadi wedding of the decade. duit tak da. pinjam sana pinjam sini, xkurang yang bergaduh sampai break up..

kiranya banyak sebab orang lambat kahwin..mana kita tahu sejarah silam setiap orang..so, apa kata kita doakan yang terbaik untuk orang lain.

-sedih-

Thursday, October 10, 2013

Terima Kasih

thank you, terima kasih, syukran..tulis senang,bukan panjang sangat pun tapi nak tuturkannya payah..lagu yang panjang berjela tu sanggup pula dinyanyikan. masalah akidah. masalah umat.

belajarlah ucapkan terima kasih. si suami, ucapkan terima kasih dan syukur isteri dah siapkan makan pakai, lahirkan anak untuk anda.

si isteri ucap terima kasih sebab suami layan anda dengan baik dan bagi duit setimbun.oops.

siapa pun kita, ringan ringankan mulut untuk ucapkan kalimah terima kasih dan syukur.

mungkin seorang wanita dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki tetapi darjat kita di sisi Allah sama sahaja. janganlah sebab kita ni seorang lelaki, maka, gunakan kuasa veto suruh isteri bekerja 24 jam, pantang silap, naik tangan, caci maki. belajar untuk berterima kasih dan bersyukur.

semoga Allah memberikan kita kehidupan yang lebih harmoni apabila kita sama-sama berterima kasih dan bersyukur. Amin.

Monday, October 7, 2013

Wanita

kasih ibu bawa kita ke syurga. rindu mak. lap air mata.
bukan senang nak jadi ibu, patutlah Allah letak kaum ibu dalam posisi yang sangat tinggi. nangis sekali lagi.
apa pun, bagi kaum Adam, memang wanita dijadikan Allah sangat istimewa, mereka punyai rasa hati yang cukup hebat..sebab itu mereka layak bergelar ibu.

pernah tak kita berterima kasih dan bersyukur untuk segala pengorbanan dari seorang wanita? mengandung dan melahirkan. itu belum lagi bab buat kerja rumah. hari minggu bagi kebanyakan lelaki adalah waktu untuk berehat. tetapi untuk wanita? khususnya yang bekerjaya, yang hanya ada hari minggu nak masak sedap-sedap, nak mengemas rumah dan sebagainya..berapa ramai lelaki yang ringan tulang membantu ibu/adik/kakak/isteri dalam membuat kerja rumah? pernah tak berterima kasih pada mereka dan bersyukur pada Allah?

tahukah kita Rasulullah S.A.W tak menggalakkan kita makan di luar? pernahkah kita berterima kasih dan bersyukur kerana adik/isteri/kakak/ibu ada untuk sediakan makanan kita?
kadang kita terlupa, wanita, kerana istimewanya mereka, Allah bagi tugasan maha berat ini. mudahkah bersabar dengan kerenah anak-anak yang macam-macam? mungkin ada yang belum jadi ibu, masih x memahami. okay. tengok diri sendiri jap..single lagi! eh?! ni sekadar ingatan buat diri sendiri dan orang lain.
apa pun, jika kaum lelaki punyai hak untuk memilih bakal zaujahnya berdasarkan syarat-syarat istimewa, kaum hawa juga perlu ada hak sebegitu.
bukan senang nak menjadi ibu, isteri, wanita bekerjaya,dan suri rumah sekali gus. *tunduk hormat kepada kaum wanita.* clap! clap!

apa pun, doaku, moga Allah pertemukan daku dengan jodoh yang ringan tulang, kuat imannya serta taat kepada ibunya. moga Allah perkenankan doaku. amin.
moga juga Allah mempermudahkan urusan ibu bapaku yang sedang menjadi tetamu Allah ketika ini. semoga mendapat haji yang mabrur. amin.

Tuesday, October 1, 2013

supermom

assalamualaikum. dah lama xjenguk blog..*kesat kesat habuk*

hari ini, 1/10/2013..kiranya dah hampir sebulan mak dan abah takda kat rumah, dan sudah hampir sebulan juga lah , mimi menjadi supermom/superdad..dan lecturer cikai.
lepas 3 minggu, stress stress stress! bukan senang nak handle semua benda dalam satu masa..tapi apa pun masih cukup masa untuk tidur ^______^. 
apa pun, sekarang tengah melalui proses kematangan. kena banyak sabar since dah jadi supermom/superdad.kkk. kalau merungut nanti kena jual! huhu
apa yang tak reti buat time mak ada, dah reti buat time mak tak ada. yelah, semua tanggungan ada di bahu mimi. daripada telur mata hancur jadi telur mata separuh masak, daripada sardin kuah tak habis blander kepada sardin sesedap rasa, daripada hari hari sup ayam kepada hari hari ayam berbagai perisa..rasa ada perubahan sedikit demi sedikit dalam diri ini.
menjadi pula kakak/ adik perempuan di rumah ini menuntut kesabaran.kalau ikut sama mengamuk, maka, seluruh isi rumah akan kebuluran.
mungkin tak la matang sepenuhnya, tetapi sekurang kurangya bertambah baik. kalau pernah merasa pengalaman macam ni, maka, tahniah kepada anda. kerana kita berada di fasa yang sudah bersedia untuk mempunyai anak. *cough* 

sekian.wassalam