ini part ketiga tentang percutian ke bandung. rasanya percutian ni pendek tetapi kalau boleh nak bagi tahu in details apa yang telah kami lalui supaya semua orang boleh ambil sebagai guidance ! yeay! okay.. where did i stop eh? makan malam bakso yang enak ? hurm. bakso dia memang best..!! pure indonesia~ nama kedai bakso yang sedap tu ialah baso malang karapitan. kedai nampak ekslusif, tapi harga makanannya sama dengan harga makanan yang dijual di kafetaria atau kantin. bunyinya macam dah lebih lebih pulak puji kan? btw, ni la gambar tempat makan dan bakso kami!
perjalanan kami malam ni diteruskan lagi ke toko buku. memang murah murah buku di sana. memandangkan indonesia terkenal dengan ulama' ulama' terkemuka dan banyak menulis buku keagamaan yang tiada di malaysia, maka, kami menyinggah la membeli buku. jadinya, kalau berminat, jangan simpan duit untuk shopping je okay? simpan la juga untuk membeli buku buku keagamaan yang kemungkinannya tiada di Malaysia.!
Okay la time tulis ni pun dah nak masuk Maghrib. i'll write the last part later.. hee. tempat paling best yang berbaloi baloi pergi iaitu Pasar Baru..okay. selamat menunaikan solat. salam. take care
No comments:
Post a Comment