Tuesday, August 20, 2013

Mati

Assalamualaikum w.b.t..
Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang..

Semalam, telah perginya seorang jiran yang dah dikenali sejak kecil lagi..arwah dah lama sakit, jadi pemergiannya dah di 'warning' awal-awal oleh doktor. tetapi pemergiannya memang sangat terasa. isteri arwah juga x berapa sihat. dalam sibuk menyambut eid , ini bukan berita kematian pertama yang diterima. kerap menerima berita kematian buat hati ini berfikir, semua manusia dihambat usia.bukan mimi seorang sahaja yang semakin tua.

dulu, ada seorang jiran ni, masa mi kecik-kecik selalu mintak mi beli rokok setiap kali mi p kedai..masih terngiang-ngiang bila dia panggil mi, angah. sayu je hati bila dapat tahu Allah menjemput dia time mi masih menuntut di universiti. lepas tu, ada seorang makcik yang selalu kejar kami adik beradik keliling rumah sebab kami suka main api masa kecik. dia pun dah pergi tinggalkan kami. masih segar suara dia menjerit marahkan kami adik beradik. nah, semalam pula, pakcik sebelah rumah yang pada waktu kecik2 dulu, bila tahu dia kerja di airport, terus mi fikir bahawa pakcik ni pilot rupanya. begitulah zaman kanak-kanak. tiada yang dewasa pada pemikiran.

sekarang, usia mimi pun dah masuk jubli perak, semakin rasa dewasa. tetapi bila difikirkan balik, jika mi merasa tua, apatah lagi, pakcik-pakcik mahupun ibu bapa mimi yang sudah semakin dekat dengan usia warga emas..usia takkan menunggu kita. mati juga takkan menunggu kita.

semua orang takut mati. pengebom yang dikatakan berani mati juga sebenarnya takut mati. tapi entah kenapa ye kita takut mati? definisi takut mati berbeza buat manusia. ada yang takut mati sebab tak bersedia untuk tinggalkan segala nikmat duniawi. ada yang takut mati sebab takut dengan kehidupan di alam yang kekal selamanya. takut bila fikir akan disoal munkar dan nakir. takut bila janji Allah itu tiada yang dusta.

semakin banyak mendengar berita kematian, semakin membuat mimi muhasabah diri sedaya mungkin. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. antaranya sihat sebelum sakit. hidup sebelum mati. kita jarang bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi. kita juga tidak menggunakan kehidupan dengan sebaik mungkin. bermuhasabahlah sebelum izrail menjemput kita.

Al-fatihah.

rindu pula kepada arwah datuk. semoga Allah merahmati roh kalian. amin


Sunday, August 18, 2013

ESKIANS

salam!
hari ini takdir telah menemukan dengan sahabat sahabat yang dah 7,8 x jumpa..rasa tersangatlah seronok dapat lepak-lepak dan merasai suasana raya sambil mengimbau kembali kenangan 7,8 tahun lepas. memang gelak tak ingat dunia.kelakar kan bila ingat perangai zaman sekolah dulu? budak budak x matang macam tu lah..sekarang ni dah umur 25 tahun, ramai yang dah kahwin,plan nak kahwin..tadi pun dapat jumpa semua orang sebab pergi kenduri Ketua Pengawas..bertemu jodoh dengan junior kita orang jugak..tapi sebab lambat sangat ke kenduri, xsempat nak jumpa ramai orang. x taulah patut happy ke tak..sebab ada manusia yang rasanya memang dah lama mengelak daripada dia..bila dalam keadaan macam ni, rasa rindu plak kat dia..its okay.cerita tu dah lama..

bila gosip-gosip cerita pasal kawan kawan lain, baru tau semua orang dah berjaya..dulu budak hingusan je, suka tidur dalam kelas, sekarang dah ada yang jadi doktor, engineer , ahli farmasi, cikgu, lecturer..dah macam macam kerja..semua dah berjaya..sebab tu rasa nak gelak sakan bila fikir cerita dulu dulu..

bila imbau kenangan, baru sedar, dah 8 tahun tinggalkan sekolah. dah lama sangat..sekali sekala dapat jumpa, best jugak..agaknya raya tahun depan, turn siapa plak yang bakal menamatkan zaman bujang? dan siapa pulak yang bakal dapat baby? we'll see next year..! as for me, rasanya masih single next year.terpulang pada jodoh=)
\