assalamualaikum.
wow, kali ini, nak cerita tentang pengalaman pergi ke bandoeng indonesia.
ini bukan first time pergi negara orang. pernah ke hatyaai, thailand walaupun sekadar naik bas je kan. tapi bandung memang different. memang syurga shopping buat yang kepingin beli kain pasang, telekung secara borong. bukan itu sahaja, blaus dan jubah kat sana pun murah murah. bak kata pak supir kami, boleh bikin kamu panasaran. bayangkan harga jubah yang dibeli di masjid jamek dengan rm 80, boleh dapat separuh harga dekat pasar baru..telekung travel yang dibeli dengan harga rm 20 di masjid jamek ( dirujuk sebagai mj selepas ini ) boleh didapati sehingga rm 15 lebih murah..tapi mimi beli dengan harga RM 7. okay la tu kan?
dua jam perjalanan daripada LCCT ke Bandung walaupun selepas penat seharian memang berbaloi. hari pertama sampai ke sana, terkejut dengan keadaan airport. rupanya macam terminal bas.di sana airport dipanggil bandara. kalau dibaca di blog blog lain, disarankan bawa bagpack. so, sebagai first timer, risau jugak, dah la bawa beg biasa yang pergi kelas tu je.tapi segalanya okay.urm. kalau nak tengok rupanya bandara bandung, ginilah rupanya..
jauh beza dengan LCCT kan? apa pun, kami tak kesah. yang penting, sampai sampai pak supir udah sedia menunggu. a'a hendra namanya..sebab pak supir keturunan sunda jadi a'a ialah panggilan sesuai. a'a ialah kata ganti diri untuk abang. sebab sampai pun dah malam, apa lagi check in terus di orange home syariah tempat kami bakal menginap. landskapnya sangat cantik..walaupun tidak berdekatan dengan lokasi shopping tapi ramai rakyat malaysia ada di sini. best..cuba tengok, cantik kan>
lebih menyenangkan di sini, setiap hari breakfastnya disediakan. harga sudah termasuk dengan bayaran hotel. agak murah menginap di sini, siap jumpa orang malaysia lagi..dan borak2. kat sini , bilik iron nya disediakan.so,tak payah risau la pasal iron ye..di sini juga ada disediakan tempat untuk massage, lulur, boleh cuba kalau masih kaya dengan rupiahnya. jangan risau, harga pasti berbaloi baloi.. and bila turun breakfast je, akan kelihatan la penjual penjual barangan di kaki lima di hadapan lobi homestay ni.. macam macam barang depa jual..hurm, tengok muka kesian, tapi pakai bb u olls.hee..
so, kami pun membeli la sedikit barang keperluan buat souvenir. hurm, pak supir awal awal lagi sudah bagitau jangan tertipu!! depa ni bila tau kami ni orang luar, laju nya nak up kan harga barang.ish2..tapi dah up kan harga barang pun kami masih rasa murah, cam ne?
okay la misi hari pertama kami ialah ke tangkuban parahu. rasanya semua yang dah pernah ke bandung pernah melawat tempat nie. subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah..tempatnya cantik dan dingin sekali. ramai yang berniaga di sana. barangkali sebab weekdays, maka, tak ramai la pelancong. so, penjual2 kat sana dengan ramah dan baik hatinya sambil promote barang depa, sambil tu la duk cerita kat kami tentang tangkuban parahu. dan paling best, bila dapat strawberri dan blueberry gratis ( percuma). depa suruh rasa dan kalau sedap, boleh la beli. memang strawberry nya berbeza dengan yang dekat cameron. strawberry nya manis bangat.hee.kami pun konon2 tak makan strawberry sangat..tapi bila dalam kereta, pelahap.sekejap je habis..heee.
cantik kan pemandangan di sana?iye, jangan lepaskan peluang kat sana,untuk rasa strawberry yang sangat manis, terus dari ladang..dah cukup makan strawberri, kami kelaparan..sobs. sobs. teringin perut ni nak rasa makanan padang. jadi, pak supir pun bawa la kami ke restoran padang yang memang terkenal dalam kalangan rakyat malaysia. memang kat dalam restoran tu pun orang malaysia je yang ada..hee..kat restoran ni yang uniknya, pelbagai lauk disediakan di atas meja tapi yang dikiranya ialah lauk yang kita makan sahaja. yang tidak disentuh tidak dikira. hurm. boleh la tahan sedapnya.!
lepas dah makan sedap sedap, kami teruskan perjalanan ke factory outlet. banyak betul FO kat sana..tapi entah kenapa kurang menarik minat Mimi. urm..sangat berbeza perasaannya nak dibandingkan dengan orang lain yang tulis tentang pengalaman mereka ke Bandung. urm..ceritanya akan disambung nanti ye..dah letih menulis..heee~ c u in the next episode!
hello mimi.. I understand sikit-sikit.he. benar-benar vacation yang menyenangkan^^ hope you'll come to Indonesia again next time. btw, di Picture mimi yang mana?(do u get what I mean? kkk)
ReplyDeletehye. its okay. u can use bahasa indonesia.or mix it with bahasa melayu. i can understand=) thank ya! hurm. me is the in the blue with black handbag ( referring to pic at tangkuban parahu)
ReplyDeleteooh, i see^^
Delete